Semasa dan selepas era reformasi, blogger politik lahir bagai cendawan tumbuh lepas hujan. Pengunjung warung kopi yang bergelar "Penganalisa, speaker, ahli politik dan wakil rakyat" bertukar tempat. Dari warung ke komputer. Mereka mula mainkan peranan lebih berkesan. hahahahahah........ |
tiada lagi akumanusiabiasa kini seseorang telah mengubah diriku segalanya akumanusiabiasa akan bersemadi buat selama - lamanya - the end -
Saturday, December 19, 2009
pas & blogger
baca la
Rakyat Marhaen |
SAYA rasa orang lain juga sefaham dengan saya, bahawa tuduhan Tengku Adnan Mansor mengatakan pembangkang mengamalkan politik samseng menggunakan Bajet 2010 bagi menggulingkan kerajaan adalah satu kenyataan tidak berasas dan keluar dari mulut manusia yang sombong dan tidak pernah tunduk ke bumi. Kenyataan itu juga menggambarkan kecetakan dan kebuas jiwa Tengku Adnan. benarkah apa yang dikatakan ini.....fikir2 la sendiri |
Utusan penjahat: Guan Eng cetek fikiran
KUALA LUMPUR 18 Dis. - Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyamakan Utusan Malaysia seperti penjahat yang perlu dijauhi menggambarkan pemikiran beliau yang cetek.
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abd. Jalil berkata, akhbar ini sentiasa melaporkan isu semasa dan mampu meningkatkan pengetahuan pembaca.
"Saya sendiri minat membaca Utusan Malaysia dan akan mengikuti laporannya setiap hari kerana kandungan beritanya bersifat profesional, positif dan menarik.
"Kenyataan Guan Eng itu memang tidak tepat dan cetek," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kepong di Taman Beringin Kepong di sini hari ini.
Guan Eng semalam mendakwa akhbar ini bersikap perkauman, menyebarkan fitnah dan mempengaruhi media massa lain.
Ekoran itu, dakwanya, kini sesetengah blog turut melemparkan berita dan artikel berunsur fitnah terhadap parti DAP.
Dalam hal ini, Shahrizat berkata, beliau kurang faham dengan dakwaan itu kerana di negara ini banyak media lain yang melaporkan isu lebih sensitif dan bersifat perkauman.
"Guan Eng mungkin takutkan pengaruh mendalam Utusan kepada rakyat," katanya.
Dalam perkembangan lain, ditanya desas-desus pernikahan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin dengan aktres tempatan, Zizie Izette, Shahrizat berkata, perkara itu tidak sepatutnya diperbesarkan.
Beliau yang ditanya sama ada menerima jemputan pernikahan dua individu popular itu, sambil tersenyum menafikannya.
"Soal perkahwinan adalah perkara penting dan perlu dihormati atau jangan dipermainkan.
"Diharap semua pihak terutama media massa jangan tukar atau jadikan perkara serius seperti ini sebagai jenaka dan terlalu riak membuat laporan," katanya.
huh....dok tahu nak royak gu mne g doh....boh fikir la sendiri.....
kata2 dari najib
Gagal hadir Parlimen: Najib akan ambil tindakan
COPENHAGEN 18 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak memandang berat kejadian ramai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) gagal hadir semasa pengundian untuk meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat pada Isnin lalu dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak ia berulang.
Sambil menyifatkan insiden itu sebagai serius, Perdana Menteri berkata, beliau telah mengarahkan semua timbalan menteri dan Ahli Parlimen BN supaya hadir pada sesi berkenaan.
Najib yang juga Pengerusi BN memberitahu wartawan Malaysia di sini semalam ketika diminta mengulas kejadian ramai Ahli Parlimen BN gagal hadir pada persidangan untuk meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat pada Isnin lalu.
Semasa pengundian itu, Bajet diluluskan dengan hanya kelebihan tiga undi iaitu 66 menyokong dan 63 menolak.
"Saya sudah menerima senarai mereka yang tidak hadir dan Speaker (Tan Sri Pandikar Amin Mulia) akan menyusul dengan tindakan yang wajar.
"Sekurang-kurangnya kita mesti mengadakan satu perjumpaan untuk mengingatkan mereka (Ahli Parlimen BN) tentang tanggungjawab mereka untuk hadir (persidangan Dewan Rakyat)," katanya.
Semasa sesi pengundian itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa bergegas ke Parlimen untuk memastikan Bajet 2010 diluluskan pada pukul 11.15 malam itu.
Ditanya apakah ketika itu korum dewan tidak mencukupi, Najib berkata, korum ketika itu cukup, tetapi ia soal arahan dan semua timbalan menteri dan Ahli Parlimen telah diarah supaya hadir. - Utusan
memang patut pun Najib buat begitu pada ahli parlimen yg gagal hadir ke parlimen......kalau buat macam ni baru la mereka sedar mereka patut hadir mengutarakan suara rakyat di parlimen......aku sokong korang lak macam mana?
tahniah buat pasukan bola sepak malaysia
Emas bola ibarat menang Sukan SEA
![]() |
Penjaga gol Vietnam, Bui Tan Truong (dua dari kanan) tidak mampu menyelamatkan bola yang tertampan masuk oleh rakan sepasukannya, Mai Xuan Hop yang cuba menahan sepakan daripada barisan penyerang Malaysia. |
VIENTIANE - Menang pingat emas acara bola sepak ibarat kita menang Sukan SEA XXV.
Itu ungkapan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek untuk menggambarkan kejayaan skuad bola sepak kita memenangi pingat emas Sukan SEA selepas menumbangkan pasukan pilihan Vietnam, 1-0 pada perlawanan akhir, kelmarin.
Walaupun agak keterlaluan, tetapi tiada siapa dapat menafikan emas bola sepak lebih berharga daripada kemenangan dalam acara lain.
Ini kerana tiada acara pada Sukan SEA yang mampu menghimpunkan lebih 20,000 penonton menyaksikannya.
"Ada negara yang menang lebih banyak pingat emas tetapi ia tidak dapat menandingi tumpuan terhadap kontinjen kita yang memenangi pingat emas bola sepak.
"Emas bola sepak kali ini amat bermakna kerana ia menamatkan penantian kita selama 20 tahun selepas kali terakhir memenanginya 20 tahun lalu di tempat sendiri pada Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur.
"Kemenangan di Laos ini juga begitu istimewa kerana kejayaan terakhir kita memenangi emas bola sepak di tempat lawan ialah pada 1981 pada Sukan SEA Jakarta," kata Ahmad Shabery.
Beliau seterusnya memuji semangat dan kesungguhan pemain di bawah bimbingan jurulatih K. Rajagobal yang memberikan hadiah istimewa kepada rakyat Malaysia.
"Pujian harus diberikan kepada pemain dan jurulatih kerana mempamerkan mutu permainan bola sepak yang tinggi ketika menentang Vietnam.
"Kata-kata perangsang oleh Rajagobal supaya para pemain melakukan lebih asakan pada babak kedua, berjaya sehingga memaksa pemain lawan melakukan kesilapan.
"Usaha pemain yang tidak mengenal erti putus asa telah menyebabkan Vietnam menjaringkan gol sendiri yang membawa kemenangan kepada kita," katanya.
Apa yang lebih penting, kata Ahmad Shabery, kejayaan skuad bola sepak kita di Laos akan mewujudkan 'faktor rasa senang' di kalangan rakyat terhadap sukan ini.
Menurutnya, kemenangan kelmarin menyebabkan rakyat yakin bahawa martabat bola sepak kita sudah meningkat.
"Memang kejayaan seperti inilah yang kita nanti-nantikan sejak sekian lama dan ia berjaya dijelmakan di Laos.
"Saya harap kejayaan di sini merupakan kejayaan pertama bola sepak Malaysia dan kita mengharapkan kejayaan yang lebih besar selepas ini," katanya. - akumanusiabiasa.blogspot.com
Thursday, December 10, 2009
langsung dari website parti islam semalaysia (pas)
![]() ALOR SETAR, 8 Dis - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak meminta rakyat negeri itu menegur dan memberitahu tindakan silap dan boleh dianggap zalim yang dilakukan kerajaan negeri.
ini pemimpin yang kita perlu hormati Dato' Seri Ustaz Azizan bin Razak senantiasa menyokong kata2 mereka yang mahukan yang terbaik untuk rakyat malaysia terutama sekali rakyat negeri kedah amnya! |
No AGS 10 apa yang berlaku kepadanya?
Ramai yang bertanyakan kepada saya sehinggalah ke saat ini kemanakah perginya kereta resmi MB Pakatan Rakyat Perak dengan no pendaftaran AGS 10 yang menjadi berita sensasi dari saat pembeliannya sehinggalah lebih sensasi apabila dilelong oleh kerajaan kudeta di Perak.
Kini saya telah mendapat jawapan dan menjadi maklumat untuk semua yang bertanyakan kepada saya sebelum dari ini. Seperti yang dimaklumkan oleh sahabat dari negeri Kelantan yang mendapat maklumat tersebut saya suka untuk menghebahkannya dalam blog cina islam ini.
AGS 10 sehingga pada 10 November lepas dapat dikesan dan dilihat seperti gambar yang diambil diatas di sebuah kedai kereta terpakai di Kelang, Selangor iaitu KSS Automobile.
Menurut seorang pekerja disitu , kereta itu telah dibeli oleh seorang berbangsa Melayu dengan harga RM 160,000 semasa dilelong untuk kali pertama dan di tawarkan dengan harga jualan RM 140,000 tetapi no pendaftaran AGS 10 akan diambil oleh pemilik Melayu itu.
Begitulah nasib yang belaku kepada kereta yang pernah menjadi kereta resmi MB Pakatan Rakyat, Dato' Seri Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin pada suatu masa dulu.
Nampaknya kereta ini terpaksa kehulu dan kehilir juga seperti kami para ADUN pakatan Rakyat demi untuk mengembalikan kuasa yang telah dirampas.
Tetapi AGS 10 kalaulah dia boleh bercakap, tentu dia akan bertanya kenapakah sampai sejauh itu saya kena lelong untuk kali ke 2, tidak ada lagikah orang Perak yang sanggup membeli saya ?
akumanusiabiasa kata nak tunggu sampai bagi orang kedah nak beli kut!mulakan dari sekarang atau tunggu masanya
Secara peribadi, saya sangat menghargai usaha mana-mana pihak memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada penghafaz al-Quran. Samada usaha itu dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang atau oleh kerajaan BN seperti Terengganu misalnya, semuanya adalah baik dan bagus.
Saya berkesempatan pada awal bulan yang lalu mengunjungi Maahad Tahfiz al-Quran Pulai Chondong Kelantan kerana beberapa urusan rasmi. Memang mengagumkan.
Usaha yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan ini memberi keuntungan besar kepada rakyat negeri itu secara khusus. Kelantan juga ada Maahad Tahfiz al-Quran Sains. Mereka bakal melahirkan sekian banyak profesional hafiz untuk menempati pelbagai institusi profesional.
Berbeza dengan kebanyakan maahad tahfiz yang ditubuhkan oleh pelbagai pihak, individu atau badan tertentu, dalam keadaan maahad tahfiz tersebut menerima sesiapa sahaja untuk menghafaz al-Quran, termasuk yang tidak tahu membaca al-Quran, Maahad Tahfiz Pulai Chondong hanya menerima pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR dan lulus temuduga yang dianjurkan oleh maahad itu.
Maksudnya, maahad itu hanya menerima yang terbaik sahaja.
Tentunya, ini mengikis tanggapan negatif sebahagian orang, pengajian hafaz al-Quran dan pengajian Islam hanya untuk mereka yang lulus corot dalam peperiksaan awam sahaja. Sedangkan hakikatnya, menghafaz al-Quran memerlukan keupayaan otak yang tinggi.
Negara kita memiliki banyak sekolah yang menempatkan pelajar cerdik. MRSM, sekolah-sekolah menengah sains dan sekolah cluster misalnya. Di Perlis, ada MRSM Beseri, Sekolah Menengah Tuanku Syed Putra, Sekolah Menengah Derma, Sekolah Menengah Dato’ Syeikh Ahmad, semua sekolah ini hanya menerima pelajar terbaik UPSR sahaja.
Termasuk juga dua SMKA iaitu Sekolak Menengah Kebangsaan Agama Arau dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Kangar. Tidak terkecuali Madrasah Alwiyah, sebuah sekolah menengah agama milik kerajaan negeri.
Persoalannya ialah, mengapa sekolah-sekolah menengah yang berpelajar cerdik ini tidak menerapkan subjek hafalan al-Quran?
Tidak perlu hafaz al-Quran semuanya kerana memang difahami bahawa pelajar-pelajar tersebut terbeban dengan banyak subjek peperiksaan awam. Cukup sekadar setahun 3 atau 5 juzuk misalnya, dan kalau itu masih berat juga, 1 atau 2 juzuk juga sudah memadai. Apabila mereka tamat PMR, sekurang-kurangnya mereka menghafaz antara 9 hingga 15 juzuk al-Quran atau sekurang-kurangnya 3 juzuk al-Quran.
Kementerian Pelajaran tidak perlu berpening-pening kepala berfikir untuk menerapkan pelbagai subjek siviklah, kenegaraanlah, kesedaran bahaya dadahlah yang belum tentu hasil dan kesannya itu, kerana diyakini pelajar yang hafaz al-Quran tentu akan terhindar daripada gejala negatif itu.
Pelajar Maahad Tahfiz Pulai Chonding Kelantan belajar 9 sembilan subjek untuk peperiksaan PMR, belasan subjek lain dalam bahasa Arab, dalam masa yang sama mereka hafaz al-Quran. Hasilnya, mereka cemerlang PMR, hafaz al-Quran dan menguasai cabang ilmu Islam yang lain termasuk bahasa Arab dengan baik.
Mengapa MRSM dan sekian banyak sekolah menengah sains di negara kita tidak melakukan ini semua? Mengapa masa hidup mereka sebagai pelajar muslim ‘dibazirkan’ dengan aktiviti yang entah apa-apa? Kalau mereka diperuntukkan masa untuk pendidikan seni, Tae Kwon Do, kumpulan koir, band dan banyak lagi, mengapa tiada difikirkan secara serius peruntukan masa untuk menghafaz al-Quran?
Saya seronok dengan kelahiran begitu banyak pusat menghafaz al-Quran, tetapi sayang, pusat-pusat ini kebanyakannya dipenuhi oleh mereka yang tiada tempat di sekolah-sekolah ternama tadi. Akhirnya, terkial-kiallah pelajar ini menghafaz al-Quran dengan serba kepayahan dan kesusahan.
Memang ramai yang berhasil menghafaz al-Quran juga sudahnya dan itu memang sangat bagus daripada dibiarkan mereka ‘menghafaz’ entah apa-apa, tetapi isunya ialah mereka hanya sekadar mampu membaca al-Quran sebagai imam dalam solat sahaja.
Sedangkan al-Quran bukan untuk dibaca dalam solat sahaja. Al-Quran perlu berada di dalam makmal sains, di mahkamah, di perut bumi, di dasar laut, di dalam kapal angkasa, di bank, di pejabat-pejabat korporat, dan di mana-mana lagi.
Tentulah mereka yang mampu membawa al-Quran ke lokasi itu semua adalah mereka yang sekarang sedang belajar di sekolah-sekolah bagus tadi. Tapi, kalau mereka tidak menghafaz al-Quran, bagaimana mereka mampu membawanya ke sana?
Jangan sampai Lim Guan Eng yang memulakan usaha ini, nanti ada orang menuduhnya sebagai mempermainkan al-Quran pula!
surat kepada semua ahli2 UMNO
Ada dua soalan menarik yang dikemukakan oleh Nga Kor Meng, MP Taiping yang patut dijawab oleh Umno.
Pertama, bagaimana rakyat Malaysia boleh menghayati konsep 1 Malaysia dan ketuanan Melayu sedangkan konsep itu tidak memperlihatkan kesaksamaan dari segi bangsa?
Kedua, adakah konsep ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh Umno adalah selari dengan impian bangsa Malaysia yang terdiri daripada Melayu, Cina, India dan sebagainya?
Semua orang tahu, ketuanan Melayu hanyalah retorik Umno sahaja. Ianya dilaungkan sungguh-sungguh semasa Umno kurang mendapat sokongan orang Melayu.
Kini, ketika Umno semakin hilang sokongan bukan Melayu, parti itu mempromosikan pula konsep 1 Malaysia, konsep yang lebih lunak berbanding ketuanan Melayu yang agak rasis.
Ringkasnya, semasa orang Melayu tak sokong Umno, guna ketuanan Melayu dan semasa bukan Melayu pula tak sokong Umno, guna 1 Malaysia.
Bolehkah kita kata begini? Ketuanan Melayu dan 1 Malaysia adalah ketuanan Umno dan 1 Umno. Umno bukan membela Melayu dan bukan Melayu tetapi membela orang Umno. Itu pun sebahagian orang Umno sahaja.
Sampai sekarang Umno bermusuh dengan Melayu yang tidak menyokong Umno. Buktinya, royalti minyak Kelantan tidak diberikan kepada kerajaan dan rakyat Kelantan. Kerajaan Kelantan adalah kerajaan orang Melayu dan rakyat Kelantan, 95 peratus adalah orang Melayu.
Umno juga bermusuh dengan orang bukan Melayu yang tidak menyokong Umno. Buktinya, Umno memusuhi DAP tetapi tidak memusuhi MCA. Umno tidak menyerang Pulau Pinang semasa diperintah Gerakan tetapi menyerangnya semasa diperintah DAP. Gerakan adalah Melayu?
Semasa Umno bermusuh dengan orang Melayu, Umno berbohong dengan konsep ketuanan Melayu dan semasa Umno bermusuh dengan DAP, Umno berbohong dengan konsep 1 Malaysia.
Apa yang benar? Umno hanya tidak bermusuh dengan (sebahagian) Melayu Umno dan tidak bermusuh dengan (sebahagian) bukan Melayu yang menyokong Umno.
Mengapa pula sebahagian? Kerana ada ahli Umno sendiri yang tidak mengundi Umno. Kalau Umno tidak bermusuh dengan orang Umno, tentu tidak akan ada ahli Umno yang tidak mengundi Umno.
Ramai orang Melayu yang melarat, bukan kerana mereka tidak layak menerima bantuan tetapi kerana mereka bukan Umno.
Dulu, semasa borang buku teks sekolah perlukan tandatangan JKKK Umno, ramai anak Melayu yang tidak ditandatangani borang itu oleh JKKK. Anak Melayu begitu dapat buku teks dengan ihsan guru sahaja. Bolehkah orang Melayu melupakan kezaliman Umno itu?
Hari ini, Umno tidak memberikan hak rakyat Kelantan, royalti. Bolehkah 30 tahun lagi rakyat Kelantan melupakan kezaliman Umno ini?
Kalau apa yang dibuat oleh Umno kepada orang Melayu 10 atau 20 tahun lalu, masih diingati oleh orang Melayu kini, maknanya kezaliman Umno hari ini akan tetap dikenang oleh generasi 20 dan 30 tahun akan datang.
Maksudnya, hari ini orang Melayu benci Umno. 20 atau 30 tahun lagi pun, orang Melayu benci Umno.
Umno juga pernah bermusuh dengan bukan Melayu. Semak balik kenyataan pemimpin-pemimpin Umno ketika krisis parti itu dengan MCA. Apatah lagi tindakan pemimpin-pemimpin Umno terhadap orang bukan Melayu DAP.
Kalau orang Melayu tidak boleh melupakan kejahatan Umno, tentu itu juga perasaan orang bukan Melayu kepada Umno. Kebencian kepada Umno oleh orang Melayu dan bukan Melayu tidak pernah pudar. Kenapa? Kerana Umno menipu mereka dengan slogan yang diciptanya, ketuanan Melayu dan 1 Malaysia.
luahkan perasaan anda di ruangan comment blog ini!
percayakah anda tentang perkara ini
Minyak RON95 rosakkan enjin? |
Azamin Amin |
KUALA LUMPUR, 24 Nov: Dua ahli Parlimen, masing-masing daripada PKR dan BN membangkitkan persoalan kualiti dan kebimbangan orang ramai terhadap minyak RON95 yang didakwa akan menjejaskan prestasi enjin. lagipun minyak ni dikatakan kurang bermutu dari ron 97 kerana menghasilkan kurang tenaga dan ini merugikan para pengguna rakyat malaysia!jadi disini anda fikirkan sendirilah mana anda nak guna untuk kereta anda samaada ron 97 atau ron 95 ini yang mungkin merugikan anda!fikir2kan lah!kerana anda yang menggunakannya! supported by(yang terbaik untuk rakyat malaysia) : akumanusiabiasa.blogspot.com lagi keterangan boleh didapatkan dari harakah daily. |
langsung dari harakah daily
Komik "Perak Darul Kartun" dilancar Ahad ini |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 10 Dis: Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin akan melancarkan komik "Perak Darul Kartun" (PDK) pada Ahad, 13 Disember ini, jam 4 petang. supported by : akumanusiabiasa |
FIKIR BALIK!!!!!!!!!!
Hatrik Owen paksa Capello fikir
Bantu United menang 3-1 ke atas Wolfsburg dan harap dapat aksi Piala Dunia
WOLFSBURG (Jerman): Michael Owen meledakkan jaringan hatrik Liga Juara-juara Eropah, awal pagi semalam - pencapaian yang harus memberi satu teguran kepada pengurus skuad England, Fabio Capello betapa sengat penyerang Manchester United itu tidak boleh dipandang remeh.
Jaringan Owen itu membantu barisan didik Sir Alex Ferguson kemenangan 3-1 ke atas Wolfsburg di gelanggang lawan dalam saingan Liga Juara-Juara dan kelibat bekas penyerang Liverpool itu tampak semakin menekan pengendali skuad ‘The Three Lions’ itu untuk mencari tempat ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.
Owen, yang menginjak usia 30 tahun pada 14 Disember ini, memperagakan sentuhan penyudah tajamnya untuk menyingkirkan kelab Jerman daripada saingan kalah mati Liga Juara-Juara sambil menyuntik harapannya ke pentas Piala Dunia.
Ia adalah hatrik Liga Juara-Juara pertama Owen sejak menyertai United musim panas lalu.
Selepas tandukannya pada separuh masa pertama, Owen menolak gol keduanya pada minit ke-83 sebelum meledakkan jaringan hebat pada masa kecederaan untuk meraih gol ketiganya.
“Michael Owen adalah salah satu daripada penyerang terbaik dari segi pergerakan, kedudukan dan penyudah,” kata Ferguson sebagai menguatkan hujah untuk membuka mata Capello.
Dan warga Scotland itu memberikan gambaran tempat dalam kesebelasan utama United bakal milik Owen, iaitu penjaring keempat terbanyak England dengan 40 gol.
Pemain berusia 29 tahun itu meraih cap terakhir daripada 89 buat England pada Mac 2008 dalam kekalahan 1-0 kepada Perancis dan berkemungkinan menempatkan diri dalam skuad Piala Dunia 2010 Capello berdasarkan prestasi ini. - AFP
maka aku rasa Owen akan beraksi di Piala Dunia!Yakin.........huh.....
Tuesday, December 8, 2009
berita baru pasal politik malaysia!
Anwar, Pas, DAP hancurkan Melayu Islam
TAIPING 7 Dis. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menegaskan, orang Melayu akan hancur selagi terus menyokong bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan konco-konconya.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali (gambar) menegaskan, orang Melayu juga tidak boleh bergantung kepada Pas kerana parti itu hanya mempergunakan agama Islam dan menjadi tunggangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP.
Pada masa sama, katanya, kehancuran orang Melayu akan lebih kritikal jika tidak bersatu menentang DAP yang semakin melampau dan kurang ajar memijak kepala penduduk bumiputera dan Islam.
''Ini merupakan tiga ancaman yang boleh menghancurkan orang Melayu di negara ini. Tidak ada makna pembangunan pesat negara kalau Melayu akhirnya hilang kuasa di negara sendiri.
''Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, perkembangan ini kalau tidak ditangani dengan betul, Melayu boleh jadi bangsa Palestin dan Melayu Singapura yang kehilangan negara," katanya.
Beliau berucap di hadapan kira-kira 2,000 orang pada ceramah perdana mengenai isu-isu semasa di Dataran Kampung Paya, Batu Kurau dekat sini malam tadi.
Menurut Ibrahim, kejahatan Anwar, yang dahulunya ditatang 'bagai minyak penuh' semasa zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dihukum Allah SWT 'secara tunai' di dunia ini kerana sikapnya itu.
Kata beliau, selaku Ketua Pembangkang, Anwar sanggup menjanjikan 'bulan dan bintang' kepada Pas dan DAP tanpa memikirkan kepentingan dan nasib orang Melayu dan Islam.
''Sebab itu pemimpin DAP sanggup pijak gambar tiga wakil rakyat Bebas di Perak. Mereka pijak gambar orang Melayu dan Islam. Melayu dalam pembangkang jadi pengecut dan hanya diam bila DAP kurang ajar.
''Apabila DAP menghina institusi raja, menyamakan Islam dengan agama lain dan memperlekeh bahasa Melayu, Anwar hanya diam membisu, sampai sekarang tidak bersuara," katanya.
Pas pula menurut Ibrahim diibaratkan sudah sampai ke peringkat 'masuk wad gila' kerana kenyataan pemimpin-pemimpinnya yang mengarut terutama sekali Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Katanya, Pas hanya dipergunakan oleh DAP dan PKR untuk memecahkan undi Melayu di negeri-negeri tertentu terutama sekali di Perak, Selangor dan Pulau Pinang hingga menang beberapa kerusi.
Jelas beliau, dominasi Pas di Kedah dan Kelantan tidak dikhuatiri kerana masih diperintah oleh Melayu Islam tetapi kehadiran Pas di negeri lain adalah amat bahaya.
''Walaupun Nizar (Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin) jadi Menteri Besar Perak tetapi beliau hanyalah patung. Pemerintah Perak yang sebenar ialah DAP. Mereka marah sangat dan pijak gambar orang Melayu selepas kuasa mereka dirampas.
''Pas pula sibuk mendoakan kehancuran umat Islam lain. Kalau benar doa Tok Guru Pas berkat sudah tentu Kelantan sekarang negeri paling maju dan mungkin sudah ada sepuluh menara berkembar Petronas di sana," katanya.
Ibrahim menambah, kemenangan besar DAP dilihat hampir sama dengan kejayaan mereka semasa PRU 1969 walaupun pada masa itu pergerakan komunis telah dibubarkan selama enam bulan.
''Bagaimanapun perjuangan mereka tidak mati. Bekas penyokong komunis kini berada dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik, Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat.
''Sebab itu mereka begitu berani (nak) bawa Chin Peng balik. Apa tandanya itu? Masih tidak sedar lagikah rakyat Perak?" ujar beliau.
Katanya, walaupun bukan ahli UMNO dan hanya wakil rakyat Bebas, beliau menegaskan orang Melayu perlu kuat dan bersatu kembali di bawah payung UMNO dan Barisan Nasional (BN) demi kepentingan agama, bangsa dan negara.
''Orang Melayu dari dulu memang kalah dari segi ekonomi tetapi kuat dalam politik. Malangnya sekarang politik pun sudah mula kalah. Jadi jangan menyesal kalau Melayu terus hancur pada PRU Ke-13 akan datang," katanya.
supported by : akumanusiabiasa.blogspot.com
berita pasukan bola sepak malaysia di VIENTIANE

Bola yakin ke separuh akhir tanpa Zaquan
VIENTIANE - Skuad bola sepak kebangsaan tetap yakin sasaran ke separuh akhir walaupun kehilangan penyerang berbisa, Zaquan Adha Abdul Razak yang digantung satu perlawanan kerana dilayangkan kad merah ketika Malaysia tewas 1-3 kepada Vietnam, kelmarin.
Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal berkata, ketiadaan Zaquan Adha pasti akan dirasai di bahagian serangan, namun dia mempunyai strategi untuk mengekalkan ketajaman barisan depan skuad kebangsaan apabila menentang Kemboja hari ini.
Katanya, dia akur dengan ketiadaan Zaquan Adha yang digantung satu perlawanan gara-gara cuba menyerang pengadil dari Korea Selatan, Kim Jong Hyeok tempoh hari.
"Dia hanya digantung satu perlawanan kerana menerima dua kad kuning, bukannya terus mendapat kad merah.
"Dia tidak dapat beraksi pada perlawanan dengan Kemboja esok. Saya memang ada perancangan untuk menampung ketiadaan Zaquan.
"Kita masih ada beberapa pemain penyerang yang berkemampuan dan yakin barisan jentera serangan dapat melaksanakan tugas mereka dengan sempurna apabila berdepan Kemboja esok," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan skuad bola sepak kebangsaan di sini, semalam.
Malaysia kini di tangga ketiga Kumpulan A dengan tiga mata.
Vietnam mengungguli Kumpulan A dengan tujuh mata, diikuti Thailand empat mata.
Menurut Rajagobal, semangat para pemain tidak terjejas ekoran kekecohan yang tercetus pada penghujung perlawanan dengan Vietnam tempoh hari.
Katanya, ini dibuktikan apabila sesi latihan di padang latihan Persekutuan Bola Sepak Laos di sini, semalam berjalan seperti biasa dan pemain kelihatan ceria.
"Inilah yang saya kagum dengan para pemain. Mereka tidak mempedulikan apa yang berlaku demi untuk memberi fokus pada perlawanan seterusnya.
"Lagipun mengapa kami harus kecewa kerana peluang kita ke separuh akhir belum berkubur. Kita masih ada dua perlawanan. Menentang Kemboja dan Thailand," katanya. - akumanusiabiasa.blogspot.com -
'Jangan buat kecoh lagi'
PETALING JAYA - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberi amaran keras kepada skuad bola sepak lelaki bawah 23 tahun negara yang kini berada di Laos supaya tidak mengulangi tindakan luar kawalan dan mencetuskan kekecohan dalam kejohanan antarabangsa.
FAM bagaimanapun tidak memutuskan sebarang tindakan akan diambil ketika ini kepada skuad bawah 23 negara itu setelah beberapa pemain bertindak melampau ketika menentang skuad Vietnam di Sukan SEA Laos, kelmarin.
Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin menegaskan, badan bola sepak negara itu akan hanya membuat keputusan untuk mengambil sebarang tindakan selepas meneliti laporan daripada pengurus dan jurulatih pasukan kebangsaan sebaik sahaja skuad itu tiba di Malaysia nanti.
Katanya, FAM kini masih menunggu laporan terperinci berhubung insiden beberapa pemain negara yang bertindak menyerang pengadil perlawanan, Kim Jong Hyeok dari Korea Selatan ketika pasukan kebangsaan menentang Vietnam.
"Pemain negara melakukan serangan ke arah pengadil kerana mutu pengadilan yang teruk dan beberapa keputusan yang dibuat oleh pengadil perlawanan adalah tidak munasabah, malah menimbulkan keraguan.
"Tindakan pengadil dari Korea Selatan itu membuatkan pemain Malaysia beremosi dan berasa marah.
"Meskipun begitu, FAM tidak menghalalkan tindakan para pemain melakukan serangan ke arah pengadil. Ia satu tindakan kurang bijak dan boleh memalukan nama negara.
"Sehubungan itu, FAM akan hanya mengambil tindakan selepas berakhirnya persaingan di Laos dan menerima laporan daripada pengurus serta jurulatih negara," katanya pada sidang akhbar selepas berakhirnya mesyuarat Exco FAM, di sini, semalam.
Sebelum bermulanya sidang akhbar tersebut, Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah berkenan untuk menyerahkan wang ganjaran persaraan kepada tiga bekas pemain bola sepak negara.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Che Mat Jusoh.
Mengulas lanjut, Khairy berkata, FAM telah meminta jurulatih negara, K. Rajagobal dan Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad yang juga pengurus pasukan untuk memberi amaran kepada pemain dan memastikan perkara seumpama itu tidak berulang.
Katanya, Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA XXV, Laos Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz yang turut menyaksikan pertemuan Malaysia dengan Vietnam tersebut turut melahirkan rasa kurang senang.
Jelasnya, Dr. Ramlan turut tidak bersetuju dengan beberapa keputusan yang telah dibuat oleh pengadil dari Korea Selatan itu di sepanjang perlawanan.
"FAM akan mengkaji sebarang tindakan selepas pasukan ini tiba di Malaysia dan menerima laporan penuh daripada pengurus serta jurulatih.
"Namun, kita tidak boleh menghukum seluruh pasukan kerana tindakan seorang dua pemain. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
"Pemain Malaysia tidak pernah ada rekod buruk sebelum ini dan mereka juga sangat berdisiplin. Saya tidak mahu perkara ini didahulukan ketika ini, sebaliknya FAM perlu melihat laporan penuh," ujarnya. - akumanusiabiasa.blogspo.com -