KUALA LUMPUR 18 Dis. - Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyamakan Utusan Malaysia seperti penjahat yang perlu dijauhi menggambarkan pemikiran beliau yang cetek.
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abd. Jalil berkata, akhbar ini sentiasa melaporkan isu semasa dan mampu meningkatkan pengetahuan pembaca.
"Saya sendiri minat membaca Utusan Malaysia dan akan mengikuti laporannya setiap hari kerana kandungan beritanya bersifat profesional, positif dan menarik.
"Kenyataan Guan Eng itu memang tidak tepat dan cetek," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kepong di Taman Beringin Kepong di sini hari ini.
Guan Eng semalam mendakwa akhbar ini bersikap perkauman, menyebarkan fitnah dan mempengaruhi media massa lain.
Ekoran itu, dakwanya, kini sesetengah blog turut melemparkan berita dan artikel berunsur fitnah terhadap parti DAP.
Dalam hal ini, Shahrizat berkata, beliau kurang faham dengan dakwaan itu kerana di negara ini banyak media lain yang melaporkan isu lebih sensitif dan bersifat perkauman.
"Guan Eng mungkin takutkan pengaruh mendalam Utusan kepada rakyat," katanya.
Dalam perkembangan lain, ditanya desas-desus pernikahan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin dengan aktres tempatan, Zizie Izette, Shahrizat berkata, perkara itu tidak sepatutnya diperbesarkan.
Beliau yang ditanya sama ada menerima jemputan pernikahan dua individu popular itu, sambil tersenyum menafikannya.
"Soal perkahwinan adalah perkara penting dan perlu dihormati atau jangan dipermainkan.
"Diharap semua pihak terutama media massa jangan tukar atau jadikan perkara serius seperti ini sebagai jenaka dan terlalu riak membuat laporan," katanya.
huh....dok tahu nak royak gu mne g doh....boh fikir la sendiri.....
No comments:
Post a Comment