Wednesday, January 13, 2010

Persidangan Al Quds: Kezaliman Ditentang, Keadilan Ditegakkan

Beberapa hari kebelakangan ini saya menumpukan segenap perhatian terhadap persidangan yang dianjurkan Institut Antarabangsa Pemikiran Islam. Pelbagai aturcara seperti mesyuarat, pertemuan dan perbincangan perlu dipenuhi. Minat para ulama, sarjana dan aktivis Islam terhadap perkembangan terbaru yang berlaku di Malaysia juga memberi peluang kepada saya untuk menerangkan beberapa kontroversi serta isu yang timbul.

Hari ini saya, Azizah dan Ustaz Abdul Hadi Awang menghadiri majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Al Quds anjuran Yayasan Al Quds Antarabangsa. Ucapan pembukaan diberikan ulama terkemuka Syeikh Yusuf al Qaradawi yang menekankan kepentingan untuk umat Islam, Kristian dan Judaika bekerjasama kerana mereka kini tinggal dalam satu negara dan mempunyai akar peradaban yang sama.

Syeikh Yusuf juga menggesa negara umat Islam agar berhenti bertelagah sesama sendiri. Alangkah ruginya umat akibat dari pertelingkahan tersebut. Beliau juga mengecam sebarang kekasaran terhadap mereka yang beribadah di dalam masjid. Syeikh Yusuf turut menyentuh keutamaan Jerusalam ataupun Baitul Muqaddis kepada ketiga-tiga agama samawi; Islam, Kristian dan Judaika.

Oleh itu usaha mempertahankan masjid al aqsa adalah satu tindakan, yang bukan sahaja mempertahankan rumah Allah dari terus dinodai regim Israel, akan tetapi, juga merupakan satu tindakan mempertahankan kemuliaan Jerusalem, hak penganut agama Kristian, Judaika dan menentang kezaliman Israel terhadap Palestin. Keperluan menggembeling tenaga rakyat dan meningkatkan keperihatinan, serta memperkukuh keimanan, iltizam demi menegakkan kebenaran dan keadilan tidak boleh diabaikan lagi.

ANWAR IBRAHIM

Polis ada 'wajah' dalang bakar gereja

Polis telah memperoleh maklumat berhubung dalang yang disyaki bertanggungjawab terhadap serangan di Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di Kuala Lumpur, Jumaat lepas.

"Kita ada petunjuk mengenai wajah, (dan) fizikal mereka yang mungkin terlibat.

"Tetapi kita tak boleh dedahkan perkara ini kerana kita memerlukan masa untuk meneliti maklumat berkenaan," kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata polis perlu membuat siasatan lanjut sebelum melakukan tangkapan untuk memastikan mereka yang diberkas benar-benar melakukan perbuatan terbabit.

Beliau berkata kes pembakaran gereja disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak membinasakan rumah dan sebagainya.

"Saya bagi amaran, jangan bermain dengan api. Mereka yang bertanggungjawab akan menerima hukuman," kata Ismail.

Mengenai seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang menulis dalam Facebook kononnya dia membakar gereja, Ismail berkata siasatan tetap diteruskan walaupun pelajar itu telah dibebaskan dengan jaminan polis.

"Kita lihat penuntut berkenaan sengaja mengambil kesempatan daripada isu yang sedang berlaku.

"Ini adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan perkara seperti ini bukan untuk berseronok-seronok," katanya.

Beliau berkata kes pelajar lelaki berumur 19 tahun itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara jika ada keperluan untuk mengambil tindakan susulan terhadapnya.

Pelajar itu ditahan di rumahnya di Desa Mentari, Petaling Jaya, malam tadi dan dibebaskan pada 12 tengah malam setelah siasatan mendapati dia tidak terlibat dengan insiden itu dan mengaku tulisannya dalam laman web sosial itu hanya 'main-main'.

Ismail mengingatkan orang ramai supaya tidak menggunakan ruang seperti Internet untuk menyebarkan rasa tidak puas hati.

"Setiap laporan kita akan siasat termasuk dakwaan laporan dalam Internet. Tolong jangan sulitkan keadaan, semua rakyat Malaysia harus bekerjasama bantu polis," katanya.

- Bernama

Serangan gereja bukan kerja orang pangkat rendah

Jika kehilangan enjin pesawat pemintas F5E milik TUDM dikaitkan dengan askar pangkat rendah, saya berangggapan serangan ke atas gereja bukan dilakukan orang pangkat rendah.

Pangkat tidak merujuk kepada atau polis semata-mata kerana boleh jadi ia melibatkan samseng, tokoh politik atau boleh jadi juga orang yang cukup berpengaruh dalam negara.

Saya tidak mahu tunding jari secara khusus, tetapi serangan bersiri keatas gereja menunjukkan satu konspirasi dan tindakan yang terancang untuk menimbulkan suasana panik dan kelam kabut dalam negara.

Jika sebuah dua gereja yang diserang kita boleh kata ia tindakan budak-budak nakal tetapi apabila serangan dilakukan secara menyeluruh dan berterusan ia bukan lagi kerja budak nakal tetapi kerja orang jahat yang sanggup buat apa sahaja untuk memenuhi agenda kotor mereka.

Justeru itu semua pihak wajar bertenang dan tidak terperangkap dengan taktik jahat dengan sengaja membuat sabotaj dan provokasi untuk menimbulkan ketakutan serta mencetuskan isu perkauman dan permusuhan di antara agama.

Perumpamaan Melayu ada menyebut siapa makan cili dia akan terasa pedasnya. Hari ini ada pihak yang sudah mula terasa pedasnya.

Saya bersetuju dengan pandangan Dato Mahfuz Omar bahawa seolah-olah wujud tangan ghaib di sebalik serangan yang dilakukan.

Apa yang pasti saya cukup yakin rakyat negara ini semakin matang dan tidak mudah terperangkap atau dibodohkan oleh pihak yang tidak bertamadun dan tidak mengenal halal haram serta dosa pahala dalam mencapai agenda mereka.

Terbukti Umno juara tipu rakyat

Minggu lepas mereka melancarkan Kempen Juara Rakyat. Maka bertambah lagilah koleksi slogan Umno untuk rakyat di negara ini.seperti yang saya katakan sebelum ini slogan baru satu lagi koleksi retorik Umno kepada rakyat negara ini.

Bertempat di kawasan parlimen berjiran dengan parlimen Perdana Menteri kira-kira 500 penduduk Kampung Setajam Rompin bangun menyuarakan protes terhadap tindakan Umno menipu mereka berpuluh tahun lamanya.

Setiap kali pilihanraya, Umno di Dun Tioman di bawah parlimen Rompin akan berjanji kosong dengan penduduk di kampung berkenaan untuk memberi geran hak milik tanah kepada pesawah padi yang telah puluhan tahunan mengusahakan bendang di situ. Tetapi pilihanraya silih berlalu pemimpin dari wakil rakyat Umno bertukar ganti tetapi semua janji-janji terbukti palsu.

Kemuncak segala penipuan Umno di Rompin apabila dalam satu majlis penyerahan mangsa ribut yang dihadiri DYMM Sultan Pahang pada 22 April 2009 penduduk Kampung Setajam menyuarakan masalah pada Sultan Pahang.

percayalah......

Saturday, January 9, 2010

dipetik tanpa izin dari karya seorang blogger

kawan bukan macam FUTSAL; Mula-mula kejar, bila dah dapat sepak..
kawan bukan macam SKATE; Mula-mula gosok, lepas tu pijak..
kawan bukan macam RAGBI; Mula-mula tangkap, bila dah dapat tendang..
kawan bukan macam PAMPERS; dah lepas pakai, kita buang..
kawan bukan macam BARANG KEMAS; Waktu baru beli pakai, bila dah sengkek gadai.
kawan bukan macam PELANGI; Hari cerah takde, lepas hujan gerimis baru dia muncul..
kawan bukan macam KERETA; Rosak sikit, jual lepas tu beli kereta baru..
kawan bukan macam CHIPSMORE; sekejap ada, sekejap tak..
kawan bukan macam BANK; Bila dah takde duit, baru nak pegi dekat sana ambik..

Walau ape pun tanggapan orang tentang kawan... bagi saya, kawan itu sengat penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, dan berduka sorang diri. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara dan masalah. Kawan yg sejati juga seorang pendengar setia dan juga seorang penasihat yg baik. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. Jadi, hargailah kawan anda. Jangan hanya kerana kesilapan kecil yang kita lakukan, kita kehilangan kawan selama-lamanya :)

jadi anda fikir2kan lah korang dah besar otak dah matang fikir la untuk masa depan korang.....ingat adik beradik klau bergaduh boleh berbaik walau macam mna pun terjadi...tapi klao mmber susah beb nak cari orang yang sama.....dia de satu je dlam dunia ni....xmen klon2!ha3 klao xnak hilang dia pandai2 la simpan.........

non supported by : akumanusiabiasa.blogspot.com

Sunday, January 3, 2010

Saya merupakan pembaca Harakahdaily.net dan saya ingin membaca pandangan anda/semua ahli PAS berkenaan keputusan mahkamah untuk membenarkan Majalah Mingguan Gereja Katholik menggunakan perkataan 'Allah' merujuk kepada 'God' dalam edisi Bahasa Inggeris.

Setahu saya, perkataan Allah bukan hanya digunakan untuk Muslim. Ia digunakan oleh Arab Christian, pagan Meccans, Jews dan juga tidak terkecuali, kaum Kristian Sarawak.

http://en.wikipedia.org/wiki/Allah


Arabic-speakers of all Abrahamic faiths, including Christians and Jews, use the word "Allah" to mean "God".[3] The Christian Arabs of today have no other word for 'God' than 'Allah'.[6] (Even the Arabic-descended Maltese language of Malta, whose population is almost entirely Roman Catholic, uses Alla for 'God'.) Arab Christians for example use terms Allāh al-ʼab meaning God the father, Allāh al-ibn mean God the son, and Allāh al-rū al-quds meaning God the Holy Spirit (See God in Christianity for the Christian concept of God).


Dengan ini, saya ingin meminta anda untuk menerbitkan artikel, memuatkan pandangan ahli PAS termasuk Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berkenaan dengan isu ini. Saya tidak mahu isu ini membuatkan Malaysia sebagai 'laughing stock'.

dipetik dari harakah daily

MARI BOIKOT CELCOM

Pelanggan tradisi Celsom, Damansara.

Saya terkejut dan kesal dengan sikap Celcom yang membatalkan sistem khidmat SMS berita Harakah mulai 1 Januari 2010.

Kalau dulu pelanggan hanya perlu bayar sebanyak RM5 sebulan dan mendapat 5 berita sehari, kini Celcom menggantinya dengan caj lebih mahal iaitu RM0.30 sen untuk satu berita.

Pastinya ia bertujuan menyekat pengaliran bahan berita yang bermanfaat untuk rakyat.

Jangan sampai kami ahi-ahli PAS yang ramai menjadi pelanggan Celcom beralih kepada syarikat Telco yang lain.

Apakah ada tekanan politik di Celcom? Walhal SMS Harakah selama ini bukannya membawa fitnah atau berita palsu.

Ia berperanan menyampaikan maklumat sahih dan pandangan pimpinan PAS dengan pantas.

Penjelasan Celcom amat dituntut bagi mengelak salah faham.Jelaskan!

ayuh kita tolak BN beramai ramai



Hadiah paling istemewa kepada seluruh rakyat Malaysia pada hari ini tidak lain ialah dengan kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam tadi.

Alasan yang diberikan seperti yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, ialah berikutan kenaikan harga gula mentah dunia. Beliau mengumumkan kenaikan tersebut di di Putrajaya hari kelmarin namun isu ini telah hangat diperkatakan dan keputsannya telah diketahui oleh banyak pihak sebelum ini.

Memang benarlah kata banyak pihak bahawa slogan "rakyat didahulukan, prestasi diutamakan" adalah suatu realiti yang memang berlaku dan sekali ini rakyat sekali lagi didahulukan untuk tahun 2010 dengan terpaksa menaggung kenaikan harga barangan perlu tersebut.

Selain itu benarkan slogan BN adalah menefistasi dari Barang Naik yang akan ditanggung oleh rakyat selagi mana BN memerintah Malaysia.

Hampir tidak ada rakyat Malaysia yang tidak terlibat dengan gula, walaupun dia mengidap diabetis namun pengambilan gula cuma dikurangkan pengunaannya namun dia masih memerlukan gula.

Kerana itu kenaikan harga gula saya andaikan hadiah yang tidak semanis barangan itu untuk tahun 2010 kepada semua rakyat Malaysia. Tambahan pula kenaikan harga gula akan memberi kesan kepada kenaikan harga barangan lain yang beraskan kepada gula pada masa akan datang.

Oleh itu bagi sesiapapun rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kemakmuran ekonomi rakyat yang patut terbela, mestilah memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menduduki Putra Jaya bagi menggantikan peranan BN yang sekian lama telah mengkhianati amanah dan mandat rakyat.

Sesunggunya untuk mengelakkan harga barang naik, BN mestilah diturunkan secepat mungkin.

ayuh kita tolak BN dan UMNO untuk masa hadapan yang cerah......

HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA

kita mampu untuk melakukannya.......

hak kita ditangan kita.....fikirkanlah untuk masa depan kita dan anak anak kita....

untuk para ustaz

3 soalan bukan Islam untuk ustaz PAS

Li Fook Gao


Wahai ustaz-ustaz PAS sekalian,

Diharap ustaz-ustaz dapat membantu saya dalam mencari jawapan-jawapan terhadap beberapa kebuntuan dan persoalan saya mengenai agama Islam dan juga isu hangat yang sedang dibincangkan sekarang mengenai kalimah Allah.

Untuk makluman ustaz-ustaz, saya pernah membaca buku al-Quran demi memahami intipati saranan ajaran Islam yang dipeluk oleh beribu juta manusia ciptaan Tuhan (Bolehkah saya menggunakan perkataan Allah di sini?). Walaupun pernah membacanya, masih ada banyak perkara yang saya tidak faham mengenai ajaran Islam; mungkin sebab itulah sehingga kini saya tetap tergolong dalam kategori seorang yang kafir.

Soalan 1: Perkara-perkara haram.

Mengapa umat Islam mempunyai perasaan berbeza terhadap perkara-perkara dan benda-benda yang dikelaskan sebagai haram di dalam ajaran Islam? Umpamanya – mengapa umat Islam lebih senang merasa jijik dan mempunyai ketahanan diri yang jauh lebih tinggi terhadap binatang haram seperti khinzir daripada perkara-perkara seperti rasuah, berjudi, berminum arak dan berzina sedangkan perkara-perkara ini sama haramnya di sisi agama Islam?

Adakah fenomena ini berlaku disebabkan budaya kita yang suka untuk membezakan bangsa atau kesilapan proses pengajaran dan penghayatan terhadap agama Islam itu sendiri? Bagaimana ustaz-ustaz sekalian boleh memperbetulkan keadaan ini supaya umat-umat Islam boleh menjauhkan diri dan merasa jijik terhadap benda-benda haram secara sama rata tanpa ada tafsiran tersendiri?

Soalan 2: Persoalan mengenai khutbah.

Di sini saya ingin memberikan satu senario untuk dibahaskan bersama ustaz-ustaz sekalian. Setahu saya, ramai ustaz yang memberikan ceramah agama di masjid-masjid. Persoalan pertama saya, adakah ustaz-ustaz menyediakan khutbah-khutbah itu sendiri ataupun khutbah ini telah disediakan oleh orang lain untuk dibaca ustaz-ustaz sekalian sahaja?

Andai kata jikalau khutbah yang disediakan (sama ada sendiri ataupun orang lain) itu bermasalah dan mempunyai unsur menyeleweng daripada agama Islam, apakah hukum dan tahap dosanya terhadap ustaz-ustaz yang masih sanggup membacanya kepada para hadirin solat sekalian kerana takut dikenakan hukuman manusia seperti penarik-balikan sijil tauliah mereka?

Jika benar perkara di atas berlaku, apakah yang perlu dilakukan oleh ustaz-ustaz untuk mengatasi masalah di atas dalam membendung terlahirnya lebih banyak umat Islam yang berfikiran sempit di dunia ini?

Soalan 3: Kalimah Allah dan nama baik Islam.


Pada pendapat saya, sebuah negara yang majoritinya Muslim perlu sentiasa kelihatan bersih, amanah, cekap dan berintegriti di mata rakyat dan juga dunia. Sebarang kecalaran pada imej negara tersebut akibat amalan rasuah yang berleluasa, kroniisme, nepotisme dan tidak menghormati undang-undang patut dilihat sebagai satu penghinaan besar terhadap nama baik Islam. Sedihnya, sehingga kini tidak banyak pertubuhan gerakan Islam (selain PAS) menggerakkan jentera untuk membantah atau memboikot parti pemimpin yang merosakkan nama baik Islam.

Dalam isu kalimah Allah ini pula, umat-umat Islam negara kita telahpun mula menggerakkan bantahan demi bantahan sekitar negara dengan alasan untuk menjaga kalimah Allah daripada dihina dan disalahgunakan. Semangat “sediakan payung sebelum hujan” di sini amatlah dikagumkan, tapi perkara ini juga amat membinggungkan banyak orang kafir seperti saya, kerana, kebanyakan kami hairan mengapa pula semangat yang membara ini tidak wujud dalam hal isu menjaga nama baik Islam daripada dikaitkan dengan amalan rasuah, kroniisme dan nepotisme yang dipraktikkan secara terang-terangan oleh pemimpin-pemimpin negara kita.

Wahai ustaz-ustaz PAS sekalian,


Mengapa umat Islam tidak pula mempunyai semangat yang membara (seperti semangat yang ditunjukkan dalam mempertahankan kalimah Allah daripada disalahgunakan) terhadap penghinaan terhadap nama baik Islam akibat perbuatan pemimpin-pemimpin Muslim yang jauh menyeleweng daripada ajaran Islam walaupun setelah 29 tahun lamanya? Adakah ini menunjukkan nama baik Islam tidak lebih penting daripada kalimah Allah? Saya rasa sudah tentu tidak, akan tetapi saya tidak tahu di mana silapnya. Adakah ustaz-ustaz sekalian tahu jawapannya?

Sekiranya semangat yang membara dalam menjaga kalimah Allah ini dapat diaplikasikan oleh umat Islam secara sama rata dalam hal penjagaan nama baik Islam daripada diseleweng pemimpin-pemimpin negara yang jahat; sudah pasti kejadian-kejadian seperti kehilangan enjin pesawat, kematian saksi di MACC, bumbung-bumbung bangunan yang sering keruntuhan, skandal kes pembunuhan, pembelian RM42,000 untuk komputer dan katak-katak diutamakan daripada rakyat tidak akan berlaku. Betul tak?

Itulah sahaja soalan-soalan daripada saya pada masa ini. Diharap dapat mendengar jawapan daripada ustaz-ustaz PAS yang sudi menjawab. Saya memohon beribu ampun sekiranya terdapat silap bahasa dan ketelanjuran ayat-ayat saya yang menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Buku ilmiah dibawa belayar,
Untuk dibaca mencari tema,
Niat saya mahu belajar,
Bertanya demi muafakat bersama.

-------------------------------------------
Li Fook Gao @ Tohkong Mosjid

Friday, January 1, 2010

Dunia Oh Dunia.. Spenda Ghaib...

Dunia Oh Dunia.. Spenda Ghaib...

Bikini boleh ‘hilang’ dalam kolam renang




BERLIN - Sebuah syarikat pakaian mencipta bikini yang akan 'hilang' apabila si pemakainya berada dalam kolam renang, lapor sebuah akhbar semalam.

Pakaian itu akan 'hilang' dalam masa beberapa saat apabila berada di dalam air sekali gus menampakkan tubuh badan si pemakainya.

Kedai-kedai pakaian di Jerman mengambil kesempatan dengan mempromosikan bikini yang dikenali sebagai Get Naked sebagai salah satu cara untuk kaum lelaki mendapatkan semula teman wanita mereka selepas berlaku perpisahan.

Bagaimanapun, seorang aktivis hak asasi wanita Rosmarie Zapfl menegaskan: "Ia merupakan satu pengaiban terhadap wanita." - Agensi

tengok la......

Hangpa tengok Sendiri Laa gambaq Nie...memang UMNO nak Jadi NO dah...

NO headquarters at PWTC

Nasib baik bukan PWTC yang ghaib! Hamba Allah-Islam (bukan Allah-Katholik) yang hantar gambar ni pagi tadi bersyukur yang amat sebab yang hilang bukan bangunan Umno tapi dua huruf saja.

Maklumlah, kalau enjin jet pun boleh hilang ....

Kedah jadi pengeluar nanas Morris menjelang 2015

Kedah jadi pengeluar nanas Morris menjelang 2015 - Exco

ALOR SETAR, 31 Dis: Menjelang tahun 2015 Kedah akan menjadi negeri pengeluar nanas Morris utama negara apabila lebih daripada 4050 hektar tanah akan diterokai bagi membangunkan ladang tersebut oleh Kerajaan Negeri.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Sains dan Inovasi, Bioteknologi dan Pembangunan Usahawan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, beberapa buah daerah seperti Pokok Sena, Kulim, Kuala Muda dan Baling akan menjadi perintis kepada percubaan pertama projek yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

"Kerajaan Negeri telah mengenal pasti beberapa kawasan baru yang berpontensi bagi penanaman nanas jenis Morris ini.Nanas jenis ini menjadi pilihan kerana rasanya adalah lebih manis jika dibandingkan dengan nanas jenis MD2 yang kini menjadi permintaan utama di pasaran antarabangsa.

"Nanas Morris yang dikeluarkan di negeri ini kini sudah pun menerima permintaan dari Holland yang mengakui kualiti nanas ini.Copenhagen juga turut bersedia untuk menerima nanas ini dalam skala yang besar.Justeru itu persediaan awal bagi memastikan bekalan tersebut dapat memenuhi permintaan pasaran akan dilaksanakan," katanya.


Menurut Amiruddin lagi para usahawan yang terdapat di negeri ini adalah digalakkan bagi mengusahakan tanaman nanas Morris ini bagi meningkatkan pendapatan mereka disamping menceburi bidang pertanian nanas yang ternyata mempunyai permintaan yang luas di pasaran.

"Kita mahu supaya Kedah akan muncul sebagai pengeluar utama pasaran domestik dan antarabangsa produk nanas Morris yang berkualiti dan memenuhi permintaan pasaran antarabangsa tidak lama lagi,"katanya lagi.

Umno-BN makin parah bergasak sesama sendiri

Umno-BN makin parah bergasak sesama sendiri

Tahun baru,pergolakan baru. Itu yang dapat digambarkan apa yang berlaku kepada Umno@BN hari ini.

Di Utara belum selesai polemik dan perebutan jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang di antara Umno dan Gerakan.

Di Pantai Timur Umno Terangganu yang selama ini 'duduk serumah tetapi bilik lain-lain' berlarutan dengan bercakaran sesama sendiri di dalam sidang DUN Terangganu di antara kumpulan Datuk Ahmad Said dan regu Datuk Idris Jusoh.

Krisis dalam MCA semakin buntu dengan masing-masing cabar mencabar sesama sendiri.

Dalam PPP makin haru biru bila Presiden PPP Datuk M.Kayveas menganggap Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah sebagai "timbalan menteri haram" kerana enggan melepaskan jawatannya walaupun telah dipecat dari parti itu Jun lepas.

Di Perak lain pula ceritanya apabila Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Kamilia lbrahim mendedak Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz meletak jawatan sebagai ketua WHIP BN di parlimen kerana gagal menjalankan tugasnya memastikan kehadiran ahli parlimen BN dalam undian kelulusan Belanjawan 2010 sehingga menyebabkan BN hampir ditumbangkan tanpa pilihanraya umum.

Apa yang berlaku menunjukkan sikap berebut jawatan dan kuasa tanpa memperdulikan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

Jadi tak peliklah enjin jet yang besar tu pun boleh hilang kerana pemimpin Umno@BN lebih sibuk bercakaran sesama sendiri.

Mereka bercakap tentang 1Malaysia, kononnya rakyat didahulukan tetapi sikap mereka sebenarnya lebih mengutamakan kedudukan dan kuasa.

Adakah kita hendak membiarkan mereka yang mementingkan diri dan kuasa ini terus berkuasa di negara ini?

jawab2.......

diambil dari pembaca..........

1Malaysia- Kroni Didahulukan, Korupsi Diutamakan

Saya menulis ini bagi membela nasib rakyat jati Kluang khasnya dan Johor serta Malaysia amnya.

Baru-baru ini, saya telah membawa anak saya ke Hospital Pakar Kluang Utama untuk rawatan kerana sakit perut.

Bila sampai ke wad kecemasan jam kira-kira 5 petang, saya di beritahu tiada doktor bertugas dan doktor bertugas akan datang sekitar jam 6 petang.

Sebelum itu doktor di klinik sudah mengesyorkan anak saya mendapat pendapat pakar kerana disyaki menghidapi ependik.

Sudahlah saya terpaksa menunggu, doktor datang terus bercakap dengan jurawatnya sahaja dan terus melihat kes di dalam bilik konsultasi.

Bukankah jika pesakit terbaring lebih serius?

Kemudian setelah melihat pesakit yang pada saya sihat sejahtera, baru beliau melihat anak saya.

Tetapi saya pelik, beliau memeriksa anak perempuan saya tanpa ditemani jururawat, malah saya sebagai ibu juga 'dihalau' keluar.

Kemudian, selang beberapa ketika, jururawat menyorong troli mengambil darah.

Adakah saya berdiri di situ sebagai tunggul, bukan sebagai ibu? mungkin perkara ini lumrah di negara beliau.

Ini bukan kali pertama saya mendapat perkhidmatan yang mengecewakan.

Kira-kira setahun lepas, ibu saya pernah di bawa untuk mendapatkan rawatan kerana hipoglisemia.

Kira-kira setengah jam terlantar di wad kecemasan, barulah seorang doktor perempuan datang menjenguk. sebelum itu cuma jururawat sahaja.

Apakah ini kualiti hospital swasta? Dan di mana pula doktor-doktor Malaysia, memandangkan doktor-doktornya semua doktor 'import'?

Dan terbaru berlaku pada saya sendiri. Semalam, saya melawat seorang rakan sekerja di hospital terbabit.

Kebetulkan saya kehabisan ubat untuk tekanan darah tinggi dan meminta untuk membeli ubat di jabatan kecemasan.

Sekali lagi saya terkejut diberitahu bahawa tiada doktor di wad kecemasan.

Saya berharap pihak berwajib meneliti kualiti doktor-doktor import di hospital ini agar bukan mahu mendapat keuntungan semata-mata dan membahayakan nyawa pesakit.

Dan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, tidak cukupkah masalah ditimbulkan oleh doktor import ini di hospital kerajaan sehingga diperluaskan khidmat ke sektor swasta?

Saya tidak berhasrat mendapatkan rawatan di hospital Pakar Kluang Utama lagi.

apa dah jadi ni????

tahniah untuk perubahan yang dibuat oleh Najib

Naik harga gula: 'Kapitalis didahulukan, keuntungan diutamakan'

KUALA LUMPUR, 1 Jan: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dicadangkan menukar tema 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' kepada tema yang baru - 'Kapitalis didahulukan, keuntungan diutamakan'.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar memberi cadangan sinikal tersebut sebagai respon pada keputusan kerajaan menaikan harga gula RM0.20 bermula 12 tengah malam semalam.

Beliau yang juga Ahli Perlimen Pokok Sena berharap rakyat menilai semula slogan 1Malaysia Najib dan sistem Aras Tanda Pencapaian (KPI) kerajaan yang kononnya demi kepentingan rakyat.

Selain mengkritik Najib, Mahfuz juga mendakwa keputusan yang diambil oleh Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri bukanlah keputusan terbaik demi kepentingan rakyat.

"Ia tidak bantu meningkat pendapatan rakyat, kenaikan harga gula akan tinggalkan kesan berantai pada kenaikan harga susu, tepung, roti, biskut dan barang keperluan rutin yang lain," jelasnya.

Dakwanya, kenaikkan harga gula itu mengambarkan bahawa kerajaan seolah-olah sedang mengurangkan subsidi gula dengan membiarkan pemegang permit kebenaran (AP) tertentu sahaja mengimport gula.

Tambahnya lagi, kerajaan sepatutnya melonggarkan undang-undang kastam dengan membenarkan rakyat tempat mengakses barang-barang asasi, termasuk gula untuk kegunaan rutin dari negara-negara jiran.

Dengan berbuat demikian, beliau berkata, mampu memberikan rakyat suatu tawaran harga paling minima dan murah kerana para pembekal barang-barang asasi terpaksa bersaing memenuhi keperluan rakyat.

Ianya sekaligus, memecahkan blok monopoli oleh kapitalis tertentu dan mengukuhkan blok konsumerisme rakyat di Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, sebelum ini, harga sekilo gula di Malaysia dan kepulauan Borneo masing-masing adalah RM1.45 dan RM1.55.

apa ini semua....ha??

korang fikir2kan lah......

peh....cer baru ni beb...baca ar.....

'Saya lelaki sejati'




KUALA LUMPUR: “Saya lelaki sejati dan tidak pernah terfikir untuk menjalin hubungan songsang dengan kaum sejenis apatah lagi golongan lelaki lembut. Cinta saya hanya untuk Ayu Raudhah.

“Alhamdulillah biarpun ada pihak cuba menabur pelbagai fitnah terhadap hubungan kami, cinta kami tetap utuh. Semoga percintaan kami berkekalan hingga ke jenjang pelamin,” kata pemain bola kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Razak, 22 mengenai tuduhan kononnya dia ada ‘kekasih gelap’.

Berikutan gosip itu Ayu yang juga adik kepada pelakon jelita, Rozita Che Wan, didakwa menyerang kekasih gelap Zaquan itu baru-baru ini pada majlis hari jadi yang dihadiri rakan terdekat.

“Sepanjang minggu lalu saya tidak menghadiri sebarang majlis hari jadi dan Ayu juga sibuk menjalani penggambaran drama di Tapah. Jadi bila masanya kami terbabit dengan insiden itu,” katanya.

Tegas Zaquan tuduhan itu mengaibkan diri dan keluarganya, serta bimbang akan menjejaskan kerjaya bola sepaknya.

Menurutnya, sejak tersiarnya berita itu menerusi temu bual dengan Ayu Raudhah, pagi ini (semalam) dia terima banyak panggilan telefon.


“Saya terima ratusan panggilan telefon daripada kawan dan keluarga bertanya kesahihan berita itu. Mungkin dengan kedudukan saya sebagai insan yang dikenali ramai dan berkawan pula dengan pelakon popular, saya dapat menerima cerita itu sebagai gosip tetapi macam mana dengan keluarga saya.

“Tentu mereka tertekan apabila tersiarnya pelbagai cerita buruk mengenai anak mereka. Pagi (semalam) saya dan rakan sepasukan bermesyuarat dan dengan tersiarnya berita itu membuatkan saya berasa kurang selesa kerana ramai bertanya.

“Terus terang, saya tidak pernah menjalin hubungan songsang atau pernah ada kekasih lain. Saya adalah lelaki sejati dan berharap dapat berkongsi hidup ini dengan wanita yang dicintai. Ayu ada menghubungi saya bercerita mengenai perkara ini dan memang saya terkejut. Seingat saya, jika ada kelapangan saya selalu bersama Ayu jadi tidak patut timbul cerita saya ada kekasih gelap dan amat mengaibkan ‘awek’ yang dimaksudkan itu kaum sejenis saya,” katanya.

Menurut Zaquan, dia rasa dia tahu orang yang menyebarkan fitnah itu dan berharap segera hentikannya. Sebelum ini ada wanita mengaku sebagai teman wanitanya dan Ayu dikatakan penyebab terputusnya hubungan cinta mereka.

“Mujur Ayu faham dan kenal siapa saya. Dia sendiri menceburi bidang glamor yang sentiasa menjadi perhatian masyarakat dan sudah biasa berhadapan dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan orang ramai. Jadi apabila tersebarnya cerita seperti ini Ayu tidak melatah dan setiap perkara yang timbul kami bincang bersama.

“Saya berharap dengan penjelasan ini jangan ada lagi pihak yang menabur fitnah keterlaluan memalukan saya dan keluarga. Apapun jua, saya dan Ayu kena banyak bersabar dan tiada gunanya kami melenting kerana perkara itu tidak benar.

“Cuma saya kasihan ayah dan emak, tentu mereka tidak senang duduk sekarang. Bagaimanapun saya sudahpun menjelaskan perkara sebenar pada mereka,” katanya.

fikir la sendiri.......