Tuesday, March 30, 2010

PEKIDA MALAYSIA

Setelah mematuhi syarat-syarat, prosedur dan peraturan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan PEKIDA Malaysia, kad ahli akan dikeluarkan kepada mereka yang telah didaftarkan.

* Adalah diingatkan kad keahlian rasmi PEKIDA Malaysia hanya dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Pekida Malaysia yang beralamat di No.5A, Bangunan MPSP, Jalan Pasar, 08000 Sg.Petani, Kedah dan pihak Pekida Malaysia tidak pernah membenarkan pihak lain untuk mengeluarkan kad keahlian Pekida Malaysia. Semua kad keahlian Pekida Malaysia akan diproses setelah mendapat kelulusan dari Majlis Tertinggi Pekida Malaysia dan diproses di Ibu Pejabat Pekida Malaysia sahaja.

Contoh kad keahlian rasmi PEKIDA Malaysia boleh dilihat di blog rasmi Ibu Pejabat PEKIDA Malaysia.

- Resit bayaran yuran tahunan:

Seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan PEKIDA Malaysia, Fasal 3 (Ahli-Ahli), ahli PEKIDA Malaysia terbahagi kepada dua (2) kategori:

a) Ahli Biasa

b) Ahli Seumur Hidup

a) Ahli Biasa:

- Setiap ahli yang memilih untuk berdaftar sebagai Ahli Biasa PEKIDA Malaysia adalah diWAJIBkan membayar yuran tahunan setiap tahun.
- Pembayaran yuran tahunan PEKIDA Malaysia boleh dilakukan kepada Bendahari PEKIDA Malaysia Daerah masing-masing.
- Keahlian boleh dilucutkan jika gagal menjelaskan yuran tahunan selepas diberi notis selama tiga (3) bulan.

b) Ahli Seumur Hidup:

- Setiap ahli yang memilih untuk berdaftar sebagai Ahli Seumur Hidup PEKIDA Malaysia adalah diWAJIBkan membayar yuran seumur hidup mengikut bab 6.1(c) Perlembagaan PEKIDA Malaysia.
- Tidak perlu lagi membayar yuran tahunan seperti keahlian Ahli Biasa.

* Adalah diingatkan resit rasmi segala bayaran masuk menjadi ahli, yuran tahunan dan yuran seumur hidup PEKIDA Malaysia hanya dikeluarkan oleh Ibu Pejabat PEKIDA Malaysia yang beralamat di No.5A, Bangunan MPSP, Jalan Pasar, 08000 Sg.Petani, Kedah dan pihak Pekida Malaysia tidak pernah membenarkan pihak lain untuk mengeluarkan resit rasmi bayaran masuk menjadi ahli, yuran tahunan dan yuran seumur hidup PEKIDA Malaysia.

- Kad dan resit yuran tahunan PEKIDA Malaysia

Dibelakang kad keahlian rasmi PEKIDA Malaysia(contoh tertera seperti di bawah) menunjukkan kad ahli tersebut hanya diakui sah sekiranya resit yuran tahunan semasa disertakan.

Kesimpulannya, memiliki kad ahli PEKIDA Malaysia adalah tidak memadai membuktikan sesorang itu adalah ahli sah PEKIDA Malaysia jika ianya tidak disertakan dengan resit yuran tahunan sesama bersama. Resit yuran tahunan semasa pula adalah bermaksud resit yuran tahunan yang terkini di mana ianya dirujuk melalui tarikh pembayaran yuran yang terdapat pada resit tersebut sehingga tempoh genap setahun. Jika tarikh resit tersebut telah melebihi tempoh setahun, keahliannya adalah terbatal dan tidak sah lagi. Ada laporan-laporan yang diterima mengatakan bekas ahli PEKIDA yang telah dilucutkan keahliannya menyalahgunakan kad keahlian tersebut dengan menjaja dan mempergunakan kad keahlian tersebut bagi tujuan jenayah. Ada juga di kalangan mereka menggunakan kad tersebut untuk memancing masyarakat dan remaja di bawah umur untuk meyertai PEKIDA walhal keahlian mereka sebenarnya telah lama dilucutkan. Tujuan mereka adalah untuk mendapatkan wang daripada mangsa-mangsa tersebut.

* Penerangan mengenai kad keahlian dan resit bayaran yuran tahunan rasmi PEKIDA Malaysia ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan serba sedikit kepada masyarakat membolehkan mereka mengenalpasti antara ahli sah PEKIDA Malaysia yang berdaftar dan ahli yang palsu supaya mereka tidak diperbodoh dan dipergunakan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Di zaman kecanggihan teknologi masa kini, tidak dinafikan bahawa perkara-perkara sedemikian boleh dipalsukan. Dengan ini, pihak Ibu Pejabat PEKIDA Malaysia sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga secara berterusan dengan lebih efisyen dari semasa ke semasa. Pelbagai persiapan memperkuatkan sistem keselamatan, pengkemaskinian data dan maklumat terkini samada berkaitan hal ehwal keahlian mahupun pertubuhan sekali gus mengorak langkah seiring di dalam misi pemantapan dan memperhebatkan lagi prosedur-prosedur tertentu bagi mengesan penyalahgunaan apa jua perkara yang melibatkan PEKIDA Malaysia supaya ianya lebih terurus dan berkesan dengan jayanya. Walau bagaimanapun, jika masih terdapat
kemusykilan dan ketidakpastian bolehlah dirujuk semula ke Ibu Pejabat PEKIDA Malaysia kerana di sana segala kesahihan dan ketulinan maklumat keahlian dan pertubuhan
boleh diperolehi tanpa ada sebarang syak wasangkanya lagi. Sementelah itu, kerjasama dari pelbagai pihak terutamanya masyarakat, pihak polis mahupun dari ahli jemaah PEKIDA Malaysia itu sendiri adalah amat dialukan. Dan, disarankan juga agar segala perkara musibah negatif melibatkan penyalahgunaan nama, kad keahlian, resit bayaran yuran atau apa saja yang berkaitan PEKIDA Malaysia boleh terus dilaporkan ke Ibu Pejabat PEKIDA Malaysia seperti di alamat dan nombor telefon yang tertera di sisi blog ini ataupun terus menghubungi pihak polis berdekatan.

bapak ar...korang baca ni...

Malaysia antara 10 tertinggi ambil arak di dunia

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar).

Mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat lewat petang ini, beliau berkata, rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.

"Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun," dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.

Antara faktor peningkatan itu, jelasnya kerana mungkin arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai.

Lebih membimbangkan apabila pendedahan arak dibuat di peringkat umur yang lebih awal.

Beliau sewaktu mengemukakan satu kajian, 19 peratus di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku mengambilnya secara berterusan.

"Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993, 48 peratus daripada yang ditanya mengaku minum arak.

"Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajarnya kepada isu ketagihan arak dan sering mengatakan ianya isu kaum India.

Arak juga jelasnya, dibuktikan bukan sahaja membahayakan kesihatan dan menyebabkan gejala sosial, namun kos rawatan penyakit disebabkan arak juga lebih tinggi berbanding pendapatan penjualannya.

"Negara kita dalam fasa lima mengaku bahawa Islama adalah agama Persekutuan, apakah menyebabkan dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati mengedar dadah boleh dihukum gantung sampai mati.

"Tapi minuman keras, nikotin pada rokok, diberi layanan yang lain dan boleh didapati dengan berleluasa. Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam akta dadah merbahaya sedangkan kesannya atas kehidupan rakyat begitu meluas sekali," soalnya lagi.

Trend di Asia, katanya menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun berbanding trend di negara Eropah yang semakin menunjukkan penurunan akibat kempen mereka yang agresif.

Peningkatan di negara ini juga, jelasnya akibat undang-undang terlalu longgar seperti Akta Aksais Seksyen 32 (1)(a) dan (b) mengecualikan penjualan todi dan beer dalam tin dan botol.

"Apabila saya menang di Kota Raja, saya didatangi sekumpulan India dari golongan pertengahan dan rendah.

"Mereka meminta tolong saya supaya memastikan arak dan todi tidak dijual secara mudah di kedai-kedai runcit," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, arak dan todi di kedai-kedai runcit pada waktu ini boleh diperolehi dalam plastik dengan harga RM2 atau RM3.

pa cer ni wei.....?????

Tuesday, March 16, 2010

Beza Antara 1Malaysia & One Israel

Bukti Satu Malaysia Bukan Idea Najib


Heboh dengan konsep satu Malaysia yang menjadi trade mark kepimpinan sebaik sahaja Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib mengambil alih jawatan PM dari Imam Hadhari Tun Abdullah Badawi. Kalau dilihat konsep ini dipopularkan setiap hari di media-media kerajaan, dalam warta berita dalam surat khabar dalam radio dan sebagainya, sampaikan dah wujud cara memberi salam yang baru iaitu Salam Satu Malaysia.

Para penyokong UMNO dan BN pastinya berbangga dengan konsep Satu Malaysia yang kononnya mengeratkan perpaduan di antara rakyat. Mungkin ramai yang menyangka konsep dan istilah satu Malaysia ini merupakan idea original oleh Najib. Ternyata anda silap besar, dalam entry kali ini CiLiK© nak dedahkan kepada anda bahawa idea Satu Malaysia ini sebenarnya diadaptasikan dari konsep Yahudi iaitu One Israel. Konsep atau slogan Yahudi ini dimulakan oleh Israel pada tahun 1999 oleh Ehud Barak Perdana Menteri Israel.

Seperti biasa MiLo SuaM bukan BloG fitnah ye, CiLiK© takkan buat pendedahan tanpa bukti-bukti yang kukuh, anda boleh lihat sediri bukti di bawah ini sila klik untuk membesarkan image.




Kenapa kenapa ya? Najib yang kononnya memimpin negara Islam, memperjuangkan Islam, jadi hero dalam isu Kalimah Allah, menentang DAP yang kononnya menindas Melayu dan Islam tetapi mengapa menggunakan konsep Yahudi? Di sini jelas sekali One Israel wujud pada tahun 1999 sebelum One Malaysia diwujudkan oleh Najib. Maka jelaslah ia bukan satu idea yang tulen dari Najib sendiri. Adakah Najib menciplak idea ini?

Oh tidak, Najib tidak menciplak tetapi tetapi idea ini diberikan oleh penasihatnya APCO. Tak ada apa nak dihairankan ini semua kerana Najib telah mengambil perunding Yahudi untuk menasihatinya bagi menguruskan negara ini sila rujuk sini Bukti Najib bersekongkol dengan Yahudi



CiLiK©: Penasihat pun dah pakai Yahudi jangan haraplah nak tegakkan Islam, memang jauh sekali macam langit dengan bumi!

http://milosuam.blogspot.com