Wednesday, October 7, 2009

x caya!


Description


Bermula dengan Abdul Rahman Al Kawakibi , menulis dan terus menulis untuk menjatuhkan Khalifah Uthmaniyah, kerajaan Islam terakhir di Turki. Dengan bantuan Eropah dan Yahudi akhirnya, usaha Al Kawakibi berjaya. Tumbangnya Khalifah Uthmaniyah, muncullah PRESIDEN DEMOKRASI, Mustafa Kamal Ataturk. Sistem raja-raja dihapuskan, Islam agama rasmi Turki digugurkan. Lambang-lambang Islam di Turki, termasuk azan, masjid, tudung satu persatu dihapuskan.

Anwar Ibrahim hari ini dengan bangganya memuji usaha Al Kawakibi, dia anti sistem khalifah, dan dia juga memuji Mustafa Kamal Ataturk, semasa ceramah-ceramahnya di Amerika Syarikat.

Sekiranya al Kawakibi berjaya meruntuhkan khalifah Uthmaniyah dengan tulisan-tulisannya, Anwar Ibrahim pula sedang berusaha meruntuhkan status quo agama dan negara dengan tulisan-tulisan serta retorik pidatonya.

Kita benci Mustafa Kamal Ataturk! Kita juga benci Anwar Ataturk!

Jika benar, anda bersama kami, marilah kita sama-sama gembling tenaga, berkongsi maklumat di sini dan sama-sama menyebarkan 'kesedaran' kita bersama di sini untuk menyedarkan seluruh rakyat Malaysia.

Kalau Al Kawakibi berjaya tumbangkan Khalifah Uthmaniyah, Anwar Ataturk 'sedang berusaha' tumbangkan ketuanan Melayu/Islam di Malaysia, jadi adakah kita pula tidak mampu tumbangkan Anwar Ataturk ?

nak ikut x nak?

berita baru lagi panas pasal UIA

2009 Okt 7
Anwar putar belit sejarah penubuhan UIA

Bekas Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Profesor Datuk Dr Ariffin Suhaimi meminta semua pihak agar tidak memutar belitkan sejarah penubuhan universiti itu bagi kepentingan politik masing-masing.

Beliau berkata penubuhan UIA adalah ilham Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang telah mencadangkan penubuhannya di Emiriyah Arab Bersatu semasa lawatan rasmi ke Asia Barat pada Januari 1982.

"Fakta di atas perlu saya jelaskan kerana ada pihak yang memutarbelitkan sejarah penubuhan UIA (dengan menyatakan bahawa ia) sebagai hasil usaha dan ilham Anwar Ibrahim," katanya dalam satu kenyataan.

Ariffin berkata kertas cadangan terperinci penubuhan universiti itu telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan yang ketika itu diterajui oleh Datuk Amar Dr Sulaiman Daud.

"Saya telah dilantik sebagai projek-koordinator untuk penubuhan universiti itu pada April 1982 dan tugas ini telah saya lakukan di bawah arahan Dr Sulaiman," katanya.

UIA telah ditubuhkan secara rasmi pada 20 Mei 1983. Rektornya yang pertama ialah Muhammad M. Abdul Rauf.

Menurutnya, Anwar hanya terlibat secara langsung dengan UIA apabila beliau dilantik sebagai Presiden universiti itu pada 1988 bagi menggantikan allahyarham Tun Hussein Onn.

Beliau berkata Anwar selepas itu telah melantik sahabatnya Dr AbdulHamid AbuSulayman, seorang warganegara Arab Saudi yang menetap di Washington, Amerika Syarikat sebagai Rektor UIA.

"Di bawah pentadbiran Rektor ini (Dr AbdulHamid), pelaksanaan konsep pendidikan Islam menjadi kabur dan diketepikan," katanya.

Menurut beliau, konsep pendidikan yang dianjurkan oleh Dr AbdulHamid ialah "Intellectualization of Islam" iaitu satu konsep yang bercanggah dengan falsafah asal universiti berkenaan.

"Pada hemah saya konsep "Intellectualization of Islam" ini adalah konsep "Westernization of Islam" dan, jika ada orang yang bertanggungjawab memesongkan dasar falsafah UIA, (dia) ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui sahabatnya Dr AbdulHamid," katanya.

Beliau berharap pentadbiran UIA yang baru selepas ini akan berusaha meletakkan kembali UIA kepada dasar falasafahnya yang asal seperti dicadangkan oleh Dr Mahathir.

Dr AbdulHamid yang meletak jawatan pada tahun ini telah digantikan oleh seorang rakyat Malaysia iaitu Prof Dr Mohd Kamal Hassan.

Jawatan Anwar sebagai Presiden UIA juga telah diambil alih oleh Menteri Pendidikan Datuk Seri Najib Tun Razak.

sumber - geocities.com

maaf tiada gambar!!!!nak lagi layari http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com

ha aku kembali!

kali ni aku nak jak korang semua yang sedang mengikuti blog aku ni datang ramai2 umah makayah aku ni pada 6/12/2009 pasal kak sulung aku da wat kenduri kahwin korang datang lah ramai2 di alamat no 35 taman belimbing jalan tanjung bendahara alor setar kedah!kalu yang tak tau jalan nak datang tu leh kontek aku 013-4776837 any time aku angkat panggilan korang 2!datang la beramai2!!!!!itu saja nak dicakapkan datang tau jangan x datang!terutama sekali pada pembaca blog aku n kawan2 kolej sultan abdul hamid!!!!kedatangan anda teramat dialu - alukan sesangat!!!