Gagal hadir Parlimen: Najib akan ambil tindakan
COPENHAGEN 18 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak memandang berat kejadian ramai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) gagal hadir semasa pengundian untuk meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat pada Isnin lalu dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak ia berulang.
Sambil menyifatkan insiden itu sebagai serius, Perdana Menteri berkata, beliau telah mengarahkan semua timbalan menteri dan Ahli Parlimen BN supaya hadir pada sesi berkenaan.
Najib yang juga Pengerusi BN memberitahu wartawan Malaysia di sini semalam ketika diminta mengulas kejadian ramai Ahli Parlimen BN gagal hadir pada persidangan untuk meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat pada Isnin lalu.
Semasa pengundian itu, Bajet diluluskan dengan hanya kelebihan tiga undi iaitu 66 menyokong dan 63 menolak.
"Saya sudah menerima senarai mereka yang tidak hadir dan Speaker (Tan Sri Pandikar Amin Mulia) akan menyusul dengan tindakan yang wajar.
"Sekurang-kurangnya kita mesti mengadakan satu perjumpaan untuk mengingatkan mereka (Ahli Parlimen BN) tentang tanggungjawab mereka untuk hadir (persidangan Dewan Rakyat)," katanya.
Semasa sesi pengundian itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa bergegas ke Parlimen untuk memastikan Bajet 2010 diluluskan pada pukul 11.15 malam itu.
Ditanya apakah ketika itu korum dewan tidak mencukupi, Najib berkata, korum ketika itu cukup, tetapi ia soal arahan dan semua timbalan menteri dan Ahli Parlimen telah diarah supaya hadir. - Utusan
memang patut pun Najib buat begitu pada ahli parlimen yg gagal hadir ke parlimen......kalau buat macam ni baru la mereka sedar mereka patut hadir mengutarakan suara rakyat di parlimen......aku sokong korang lak macam mana?
No comments:
Post a Comment