Thursday, December 10, 2009

FIKIR BALIK!!!!!!!!!!


Hatrik Owen paksa Capello fikir


Bantu United menang 3-1 ke atas Wolfsburg dan harap dapat aksi Piala Dunia

WOLFSBURG (Jerman): Michael Owen meledakkan jaringan hatrik Liga Juara-juara Eropah, awal pagi semalam - pencapaian yang harus memberi satu teguran kepada pengurus skuad England, Fabio Capello betapa sengat penyerang Manchester United itu tidak boleh dipandang remeh.

Jaringan Owen itu membantu barisan didik Sir Alex Ferguson kemenangan 3-1 ke atas Wolfsburg di gelanggang lawan dalam saingan Liga Juara-Juara dan kelibat bekas penyerang Liverpool itu tampak semakin menekan pengendali skuad ‘The Three Lions’ itu untuk mencari tempat ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.


Owen, yang menginjak usia 30 tahun pada 14 Disember ini, memperagakan sentuhan penyudah tajamnya untuk menyingkirkan kelab Jerman daripada saingan kalah mati Liga Juara-Juara sambil menyuntik harapannya ke pentas Piala Dunia.

Ia adalah hatrik Liga Juara-Juara pertama Owen sejak menyertai United musim panas lalu.

Selepas tandukannya pada separuh masa pertama, Owen menolak gol keduanya pada minit ke-83 sebelum meledakkan jaringan hebat pada masa kecederaan untuk meraih gol ketiganya.

“Michael Owen adalah salah satu daripada penyerang terbaik dari segi pergerakan, kedudukan dan penyudah,” kata Ferguson sebagai menguatkan hujah untuk membuka mata Capello.

Dan warga Scotland itu memberikan gambaran tempat dalam kesebelasan utama United bakal milik Owen, iaitu penjaring keempat terbanyak England dengan 40 gol.

Pemain berusia 29 tahun itu meraih cap terakhir daripada 89 buat England pada Mac 2008 dalam kekalahan 1-0 kepada Perancis dan berkemungkinan menempatkan diri dalam skuad Piala Dunia 2010 Capello berdasarkan prestasi ini. - AFP

maka aku rasa Owen akan beraksi di Piala Dunia!Yakin.........huh.....

No comments: