
pas pas pas menang di permatang pasir taniah aku ucapkan kat pas n segala jentera parti tahniah buat korang semua!kat sini aku sertakan keratan akbar kemenangan PAS di permatang pasir pulau pinang!korang baca la k!coz tuk orang yg tak de duit nak beli paper, orang lazy nak beli paper and so on!baca la!
Pas kekal kedudukan kerusi di Permatang Pasir
BUKIT MERTAJAM 25 Ogos - Pas mengekalkan kedudukannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir apabila calonnya, Mohd. Salleh Man, 52, menewaskan calon BN, Rohaizat Othman, 38, dengan majoriti 4,551 undi.
Mohd. Salleh memperoleh 9,618 undi manakala Rohaizat yang terpaksa berhadapan dengan serangan peribadi dan kempen memburuk-burukkan imej beliau berjaya mendapat 5,067 undi.
Keputusan pilihan raya kecil N11 itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya pada pukul 7.25 malam di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Jalan Berapit, di sini.
Sebanyak 14,832 atau 73.1 peratus daripada 20,290 pengundi di Permatang Pasir keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing manakala undi rosak sebanyak 83.
Mohd. Salleh yang ditemani Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman dan Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mahfuz Omar kelihatan tersenyum selepas diumumkan sebagai pemenang.
Pengumuman kemenangan beliau turut dirai dengan sorakan lebih 300 penyokong Pas yang berada di luar dewan.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi berkenaan, Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lepas kerana serangan jantung.
DUN Permatang Pasir merupakan kubu Pas di Pulau Pinang dan satu-satunya kerusi yang dimenangi parti itu sejak tiga penggal lalu.
Pada pilihan raya umum 2008, Mohd. Hamdan mengalahkan calon BN Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi setelah memperoleh 11,004 undi.
Pada pilihan raya umum itu, 82.6 peratus daripada 20,350 pengundi keluar mengundi.
lagi dan lagi tentang kemenangan PAS!
Salleh Man akhirnya berjaya
BUKIT MERTAJAM 25 Ogos - Wakil rakyat Permatang Pasir, Mohd. Salleh Man, 52, menarik nafas lega setelah cubaan kali ketujuh bertanding dalam pilihan raya membuahkan hasil.
Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri itu berjaya mempertahankan kerusi milik Pas setelah menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman, 38, dengan majoriti 4,551 undi.
Mohd. Salleh yang ditemui pemberita di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini malam ini melahirkan rasa gembiranya di atas kemenangan tersebut sekali gus berazam menyambung semula khidmat Allahyarham Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman.
"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengundi di Permatang Pasir kerana memberi peluang kepada saya memenangi di kawasan ini.
''Turut tidak dilupakan, kesemua petugas dan jentera pakatan pembangkang yang tidak jemu-jemu memberi sokongan padu kepada saya," katanya.
Mohd. Salleh merupakan graduan Universiti Malaya (UM) dan pernah bertanding dalam enam pilihan raya termasuk pilihan raya umum lalu tetapi tewas kepada calon BN, Datuk Jasmin Mohamed dengan majoriti 535 undi bagi kerusi DUN Sungai Dua.
Pada masa sama, Mohd. Salleh berkata, kejayaannya itu membuktikan kerjasama erat antara komponen pakatan pembangkang yang sentiasa menjalin hubungan baik.
''Saya yakin Pulau Pinang akan terus kekal di bawah kerajaan pakatan pembangkang," tambahnya.
supported PAS Fan By : AkumanusiaBiasa
No comments:
Post a Comment