Monday, December 29, 2008
30 Tahun Lagi Akan Terlaksana Hudud

Kenyataan Nik Aziz mengenai kesanggupan PAS untuk menunggu 30 tahun lagi untuk buat hudud. "Tidak ada apa (isu hudud), dulu orang dapat terima politik Islam, sikit lagi orang dapat terima hudud pula," kata Nik Aziz lagi. Sampai bila PAS mahu menunggu DAP untuk buat hudud? PAS tidak perlu takut dengan DAP untuk buat hudud. Apa kata PAS desak sahaja DAP keluar dari Pakatan Rakyat, beri kata dua kepada DAP sama ada terima hudud atau keluar sahaja dari Pakatan Rakyat. Sanggupkah PAS beri kenyataan tersebut? Jika tidak, bagaimana hendak merealisasikan hasrat "membangun bersama islam" yang dibawakan oleh PAS selama ini. Kasihanilah ahli-ahli bawahan PAS di bawah sana, mereka ramai yang terkeliru dengan slogan dan agenda PAS, sedangkan dalam masa yang sama PAS masih lagi bersubahat dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
supported by : Akumanusiabiasa
No comments:
Post a Comment