Saturday, April 3, 2010

KALAU DAP ANTI MELAYU...YANG INI PUN APA KURANGNYA?

Jika kritikan Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang terhadap ucapan Tun Mahathir ketika merasmikan AGM Pertama PERKASA diambil kira,orang melayu perlu awas bahawa diluar sana bukan DAP sahaja yang Ultra Kiasu itu membenci perjuangan melayu,tetapi anggota komponen BN pun sama!

Jadi orang melayu diparti selain UMNO wajib insaf bahawa mereka hanya jadi kuda kepada konspirasi jahat menidakkan ketuanan melayu di Tanah air mereka sendiri.

UMNO juga patut sedar bahawa mengambil kembali Pulau Pinang pada PRU 13 adalah satu impian yang hampir mustahil,kecuali ia ketepikan perjuangan melayu. Atau setidak-tidak pun ia perlu melakukan banyak kompromi.Ini adalah ugutan mereka secara terang sepertimana PAS sudah tidak lagi membawa perjuangan Negara Islam dan Hudud sebagai syarat bersama PR. Itu sebab sekarang DAP tidak lagi menyerang PAS macam dulu bak kata NIK AZIZ.

Begitu lah kedudukan percaturan politik hari ini dimana puak minoriti sudah berkuasa mengugut puak majoriti jika ingin kekal berkuasa.Bertegas akan ditentang dan kemungkinan kalah itu besar kerana ada dikalangan majoriti itu pembelot bangsa.Mengalah demi mendapatkan undi bermakna terpaksa menggadaikan perjuangan bangsa.

Orang melayu sekarang dipihak yang rugi jika malu berjuang dan jika berpecah-belah. Itu janji Allah SWT pada kaum yang tidak menjaga haknya dan hartanya dan balasanNya pada yang tidak syukur nikmat.Selepas suatu hari nanti hilang nikmat itu,buatlah sembahyang hajat 10 stadium pun tak ada guna kerana Allah sudah beri ingatan tetapi mereka ingkar.

Orang melayu tiada pilihan kecuali bersatu mengalahkan komplot jahat ini dan jika ada kata sebenarnya Datuk Teng hanya benci pada PERKASA, anda rabun hati dan buta tuli. Kalau kata-kata Tun M boleh dicemuh "menjijikkan" apalah PERKASA yang setahun jagung!

Penpusaka

DES : Serpihan....mana nak tumpah kuah kalau bukan ke nasik...malangnya nasib Melayu, apabila perjuangkan nasibnya sendiri, di tuduh macam-macam...

No comments: