Zulkifli Sulong Sat | Aug 15, 09 | 10:34:49 am MYT | |
Para pembaca Harakahdaily Mulai hari ini, 15 Ogos 2009, penyusunan semula Harakahdaily akan berkuatkuasa sepenuhnya. Melalui penyusunan semula ini, Tvpas akan bergabung dengan Harakahdaily dan akan menyiarkan berita dan rencana bervideo dalam laman web ini.
Melalui penyusunan semula ini juga, laman ini akan mempunyai petugas sepenuh masa. Ini bermakna, petugas Harakahdaily akan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada laman web ini bukan lagi sebagai kerja sampingan sebagaimana sebelum ini. Kami kini mempunyai 10 petugas tetap dan akan dibantu oleh kakitangan Harakah yang berada di seluruh negara. Kami juga akan dibantu oleh para petugas sambilan yang sentiasa memberikan sumbangan kepada laman ini. Jika anda termasuk dalam kategori ini, kami sangat-sangat mengalu-alukan sumbangan tuan-puan untuk memajukan lagi laman kita bersama ini. Sebagai salah satu laman web berita yang awal di negara ini, kita berazam untuk mengukuhkan lagi laman ini dan menjadi yang terbaik. Tuan-tuan boleh menghantar gambar, cerita, video dan maklumat untuk kami proses sebelum dihidangkan kembali kepada para pelayar semua. Jika anda berminat untuk menulis berita atau rencana, hantarkan kepada editorharakahdaily@gmail.com. Sebarang maklumat mengenai aktiviti yang difikirkan anda patut dikongsikan bersama pihak lain hantarkan kepada infoharakahdaily@gmail.com Jika ingin menulis di ruangan surat pembaca sila hantar tulisan anda ke suratpembacaharakahdaily@gmail.com. Sekian, terima kasih Zulkifli Sulong supported harakahdaily.com powered by : akumanusiabiasa |
tiada lagi akumanusiabiasa kini seseorang telah mengubah diriku segalanya akumanusiabiasa akan bersemadi buat selama - lamanya - the end -
Sunday, August 16, 2009
tajuk : harakah baru??
Era baru Harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment