“Saya sentiasa memberitahu sasarannya adalah untuk menjadi seorang legenda. Saya tidak memikirkan mengenai rekod. Saya tidak meletakkan diri di bawah tekanan. Saya tahu apa yang perlu dilakukan dan melaksanakannya,” kata pelari berusia 22 tahun itu.
“Saya melakukan yang terbaik dan kini berada di landasan tepat menjadi legenda dan saya amat gembira.”
Bolt merangkul tiga emas ketika Sukan Olimpik, tahun lalu dan dua emas Kejohanan Dunia di Berlin serta turut memecahkan rekod dunia dalam setiap acara disertainya itu.
Dia mencatatkan 9.58 saat dalam acara 100m sebelum turut mencipta rekod dunia baru dalam 200m dengan catatan 19.19s.
“Saya sentiasa mengatakan bahawa tiada yang mustahil. Anda berusaha dan berlatih dengan gigih. Saya sentiasa berusaha keras dan berlari pantas ketika perlumbaan tidak akan mengubah perkara itu,” katanya.
Bolt berkata, dia tidak berminat meyakinkan mereka yang tidak mahu mempercayai rekod itu adalah hasil daripada usaha kerasnya dengan menjawab soalan berhubungan pengambilan dadah yang sering dikaitkan dengan atlit.
“Saya tidak bimbang. Saya tidak tersinggung,” katanya. “Saya tahu perkara itu akan sering diperkatakan dalam sukan seperti ini.”
Ditanya sama ada gelaran kesatria dianugerahkan Ratu Elizabeth adalah sesuatu yang dia mahukan, Bolt berkata: “Saya hanya mampu berkata ia adalah satu perkara hebat. Ia sesuatu yang menarik.”
“Saya akan mendapat gelaran ‘Sir Usain Bolt’. Ia kedengaran amat bagus.” - Akumanusiabiasa -
p/n : aku pun nak laju cam dia gak!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment