tiada lagi akumanusiabiasa kini seseorang telah mengubah diriku segalanya akumanusiabiasa akan bersemadi buat selama - lamanya - the end -
Monday, February 1, 2010
Tawaran ISTIMEWA dari BN buat semua pemimpin PR
Pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat!! Sila ambil Perhatian, jangan lepaskan peluang ini!!Tawaran Istimewa dari UMNO dan Barisan Nasional khas buat semua pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat tak kira samada dari PKR, PAS ataupun DAP.UMNO kini membuka pintu seluas-luasnya kepada pemimpin-pemimpin dan juga ahli-ahli dari PR untuk menyertainya.Kepada pemimpin-pemimpin PR yang gagal menjalankan tugas sebagai YB , tidak mahu menjalankan tugas, malas untuk berjumpa dengan masyarakat pengundi, merasakan diri anda mungkin tidak akan dicalonkan semula pada PRU13 nanti dan selepas PRU13 nanti mengharapkan untuk hidup dengan wang pencen sebagai ADUN atau MP sahaja.. anda digalakkan menerima tawaran yang kini terbuka luas itu.Sila jangan lepaskan peluang keemasan ini.. kerana anda pasti tidak akan dicalonkan semula pada PRU13 nanti andaikata anda gagal menepati KPI Pakatan Rakyat.. dan inilah peluang anda untuk membina kekayaan dalam masa yang ada ini..Pedulikan dengan rakyat yang mengharap,biar Rakyat kecewa.. janji anda KAYA.. Biar rakyat merana.. janji anda Bahagia!! kerana Rakyat tak boleh menjanjikan kekayaan kepada Anda.. Hanya Najib dan UMNO yang mampu menjadikan anda kaya..Rebutlah peluang ini.. Dan jangan jadi HIPOKRIT atau MUNAFIK sertailah mereka dengan kadar segera!!!
ha3 kalo aku jd korang aku rembat je....
bace la sndri...
Analisis Penganalisis Atau Ampuan Pengampu?
Adakah ini boleh dikatakan analisis seorang penganalisis atau ampuan seorang pengampu?
Kalau beginilah analisis seorang yang bergelar profesor, antara gelar tertinggi dalam dunia akademik, malang benarlah dunia akademik kita.
Saya tidak kisah sangat kalau analisis ini dibuat oleh orang biasa-biasa. Kalau analisis orang biasa-biasa bias, itu adalah biasa, tetapi kalau analisis seorang profesor bias sebegini, tentu janggal.
Siapa rajin bacalah analisis makhluk berkenaan di bawah ini. Eh, ramaikah profesor begini di negara kita? Kalau ramai, bahaya!
--------------------------------
BN berjaya hambat janji kosong PR: Penganalisis
SHAH ALAM – Keupayaan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat berjaya memikat rakyat dan menghambat janji kosong pimpinan Pakatan Rakyat (PR).
Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Zainal Kling berkata, selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12), semua negeri di bawah kepimpinan PR hanya membuat janji kosong.
Beliau menyifatkan tindakan politik PR sebagai ‘no-no’, yakni menutup kelemahan mereka melaksanakan pembangunan negeri dengan membuka ‘pekung’ pentadbiran BN terdahulu.
“Paling-paling yang dapat dilakukan ialah menyalahkan kerajaan pusat ‘yang tidak memberi wang’ namun sebagai kerajaan negeri mereka tidak tahu dan tidak sanggup mencari dan membuat wang demi kesejahteraan dan pembangunan negeri masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan kepada :Sinar Harian: semalam.
Zainal berkata, lebih parah lagi adalah sikap dan kelakuan wakil rakyat PR dalam semua Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Mereka adalah ‘bocah’ - kanak-kanak yang suka bermain ‘pijak kepala’, tanak nasi ‘di bawah pokok’, dan membuli orang kecil,”
“Baik di Selangor mahupun di Perak dahulu, mereka akan menindas sehabisnya pembangkang, mengkritik Speaker dan semua akhbar yang mengkritik mereka akan diboikot dan digantung dari edaran dalam negeri,” katanya.
Zainal berkata, pendekatan itu dinamakan telus dan demokrasi ala PR yang menggambarkan trend dan masa depan pemerintahan PR yang bersifat autokratik.
Katanya, amat jelas sikap dan tindakan politik ini sama dengan model pemerintahan di negeri asing, iaitu pemerintahan autokratik yang menjadi akar umbi DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) .
Katanya, rakyat harus berwaspada kepada semua politik yang menjanjikan pembelaan dan kesejahteraan terhadap rakyat.
“Rakyat harus berwaspada dengan janji kosong pemimpin yang kononnya menolak autokrasi seperti dalam Dasar Bersama PR,” katanya.
huh...betul ke....??
Tan Sri Muhyidin berkata;"Rasa tak boleh apa nak dikata. Yang kita tahu sebelum ini pun, kita kata sebagai orang Islam tak pernah mendoakan seorang Islam lain itu musnah hanya kerana sebab-sebab konflik tertentu dan dalam hal Kelantan berkaitan royalti minyak.Saya kata; mati dalam taat lebih baik daripada hidup merdehaka kepada-Nya.
Tipu rakyat Kelantan dengan tidak memberi royalti kepada kerajan yang sah adalah perbuatan jahat. Memberi wang ehsan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) lagi besar celakanya."Itu sudah diputuskan oleh Kabinet. Jadi, saya tak tahu nak kata apa kerana ini bukan pertama kali, berulang-ulang kali," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke-65 di sini hari ini.
Mafhum kata-kata TS Muhyidin ialah beliau telah berulang-ulang kali mengatakan pembohongan tersebut. Kabinet adalah kerajaan. Ketua kabinet adalah perdana menteri. TS Muhyidin adalah TPM.
Beliau adalah anggota kabinet. TS Muhyidin berulang-ulang kali menyatakan bahawa beliau dan kabinet adalah kaki putar alam.Beliau berkata, kerajaan negeri Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih dan wang itu akan disalurkan dalam bentuk pembangunan melalui kerjasama dengan kerajaan negeri.Kalau bukan hak kerajaan negeri Kelantan, kenapa beri juga walaupun dinamakan wang ehsan?
TPM yang juga Menteri Pelajaran berbohong dan tidak layak menjadi menteri untuk generasi pelajar. Macam mana pelajar sekolah nak berakhlak kalau menterinya tidak menunjukkan contoh teladan yang baik?"Ini satu perbuatan yang langsung tidak mencerminkan semangat cara Islam yang sebenarnya," katanya.
Ewah, pandai berkata-kata! Perbuatan menafikan hak rakyat Kelantan itu semangat Islam sebenarlah ya? Kalau Allah boleh menurunkan surah mencelaka-laknatkan Abu Lahab, takkanlah pengikut Islam yang ditipu tidak boleh berdoa kepada Allah Taala agar ’memberi balasan yang terbaik’ kepada para pembohong dan kabinetnya?
cer baru wei......
Zambry cabar Nizar dan wakil rakyat pembangkang kosongkan kerusiIPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mencabar bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan 27 lagi wakil rakyat pembangkang mengosongkan kerusi mereka bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di 28 kerusi DUN pembangkang di Perak.Menurutnya, Mohammad Nizar dan wakil rakyat pembangkang berkenaan tidak perlu teragak-agak untuk mengosongkan kerusi DUN masing-masing sekiranya mereka benar-benar yakin bahawa sebahagian besar rakyat Perak teguh menyokong pembangkang."Kalau pembangkang rasa mereka popular sekarang, bubarlah 28 kerusi mereka. Kita tengok sama ada mereka dapat semula 28 kerusi DUN ataupun tidak (pada pilihan raya kecil)," katanya kepada pemberita selepas diwawancara dalam program Setahun Melayari Arus di studio Perak FM di sini hari ini.Beliau mengulas kenyataan Mohammad Nizar sebelum ini bahawa bekas Menteri Besar Perak itu akan memohon perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk membubarkan DUN Perak sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung siapa Menteri Besar Perak yang sah pada 9 Februari ini berpihak kepadanya.Zambry menegaskan bahawa kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) tidak akan membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihan raya negeri semula diadakan seperti yang dikehendaki oleh pembangkang.-BernamaAdmin -
Zambry nie tak tau Undang-Undang SPR kee..Seandainya pakat letak jawatan mereka itu bukannya boleh bertanding lagi sebab SPR gantungkan mereka tak boleh bertanding... ini pon tak reti tapi hendak juga bercakap....ha3
Wednesday, January 13, 2010
Persidangan Al Quds: Kezaliman Ditentang, Keadilan Ditegakkan
Beberapa hari kebelakangan ini saya menumpukan segenap perhatian terhadap persidangan yang dianjurkan Institut Antarabangsa Pemikiran Islam. Pelbagai aturcara seperti mesyuarat, pertemuan dan perbincangan perlu dipenuhi. Minat para ulama, sarjana dan aktivis Islam terhadap perkembangan terbaru yang berlaku di Malaysia juga memberi peluang kepada saya untuk menerangkan beberapa kontroversi serta isu yang timbul.
Hari ini saya, Azizah dan Ustaz Abdul Hadi Awang menghadiri majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Al Quds anjuran Yayasan Al Quds Antarabangsa. Ucapan pembukaan diberikan ulama terkemuka Syeikh Yusuf al Qaradawi yang menekankan kepentingan untuk umat Islam, Kristian dan Judaika bekerjasama kerana mereka kini tinggal dalam satu negara dan mempunyai akar peradaban yang sama.
Syeikh Yusuf juga menggesa negara umat Islam agar berhenti bertelagah sesama sendiri. Alangkah ruginya umat akibat dari pertelingkahan tersebut. Beliau juga mengecam sebarang kekasaran terhadap mereka yang beribadah di dalam masjid. Syeikh Yusuf turut menyentuh keutamaan Jerusalam ataupun Baitul Muqaddis kepada ketiga-tiga agama samawi; Islam, Kristian dan Judaika.
Oleh itu usaha mempertahankan masjid al aqsa adalah satu tindakan, yang bukan sahaja mempertahankan rumah Allah dari terus dinodai regim Israel, akan tetapi, juga merupakan satu tindakan mempertahankan kemuliaan Jerusalem, hak penganut agama Kristian, Judaika dan menentang kezaliman Israel terhadap Palestin. Keperluan menggembeling tenaga rakyat dan meningkatkan keperihatinan, serta memperkukuh keimanan, iltizam demi menegakkan kebenaran dan keadilan tidak boleh diabaikan lagi.
ANWAR IBRAHIM
Polis ada 'wajah' dalang bakar gereja
"Kita ada petunjuk mengenai wajah, (dan) fizikal mereka yang mungkin terlibat.
"Tetapi kita tak boleh dedahkan perkara ini kerana kita memerlukan masa untuk meneliti maklumat berkenaan," kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata polis perlu membuat siasatan lanjut sebelum melakukan tangkapan untuk memastikan mereka yang diberkas benar-benar melakukan perbuatan terbabit.
Beliau berkata kes pembakaran gereja disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak membinasakan rumah dan sebagainya.
"Saya bagi amaran, jangan bermain dengan api. Mereka yang bertanggungjawab akan menerima hukuman," kata Ismail.
Mengenai seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang menulis dalam Facebook kononnya dia membakar gereja, Ismail berkata siasatan tetap diteruskan walaupun pelajar itu telah dibebaskan dengan jaminan polis.
"Kita lihat penuntut berkenaan sengaja mengambil kesempatan daripada isu yang sedang berlaku.
"Ini adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan perkara seperti ini bukan untuk berseronok-seronok," katanya.
Beliau berkata kes pelajar lelaki berumur 19 tahun itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara jika ada keperluan untuk mengambil tindakan susulan terhadapnya.
Pelajar itu ditahan di rumahnya di Desa Mentari, Petaling Jaya, malam tadi dan dibebaskan pada 12 tengah malam setelah siasatan mendapati dia tidak terlibat dengan insiden itu dan mengaku tulisannya dalam laman web sosial itu hanya 'main-main'.
Ismail mengingatkan orang ramai supaya tidak menggunakan ruang seperti Internet untuk menyebarkan rasa tidak puas hati.
"Setiap laporan kita akan siasat termasuk dakwaan laporan dalam Internet. Tolong jangan sulitkan keadaan, semua rakyat Malaysia harus bekerjasama bantu polis," katanya.
- Bernama
Serangan gereja bukan kerja orang pangkat rendah
Pangkat tidak merujuk kepada atau polis semata-mata kerana boleh jadi ia melibatkan samseng, tokoh politik atau boleh jadi juga orang yang cukup berpengaruh dalam negara.
Saya tidak mahu tunding jari secara khusus, tetapi serangan bersiri keatas gereja menunjukkan satu konspirasi dan tindakan yang terancang untuk menimbulkan suasana panik dan kelam kabut dalam negara.
Jika sebuah dua gereja yang diserang kita boleh kata ia tindakan budak-budak nakal tetapi apabila serangan dilakukan secara menyeluruh dan berterusan ia bukan lagi kerja budak nakal tetapi kerja orang jahat yang sanggup buat apa sahaja untuk memenuhi agenda kotor mereka.
Justeru itu semua pihak wajar bertenang dan tidak terperangkap dengan taktik jahat dengan sengaja membuat sabotaj dan provokasi untuk menimbulkan ketakutan serta mencetuskan isu perkauman dan permusuhan di antara agama.
Perumpamaan Melayu ada menyebut siapa makan cili dia akan terasa pedasnya. Hari ini ada pihak yang sudah mula terasa pedasnya.
Saya bersetuju dengan pandangan Dato Mahfuz Omar bahawa seolah-olah wujud tangan ghaib di sebalik serangan yang dilakukan.
Apa yang pasti saya cukup yakin rakyat negara ini semakin matang dan tidak mudah terperangkap atau dibodohkan oleh pihak yang tidak bertamadun dan tidak mengenal halal haram serta dosa pahala dalam mencapai agenda mereka.
Terbukti Umno juara tipu rakyat
Bertempat di kawasan parlimen berjiran dengan parlimen Perdana Menteri kira-kira 500 penduduk Kampung Setajam Rompin bangun menyuarakan protes terhadap tindakan Umno menipu mereka berpuluh tahun lamanya.
Setiap kali pilihanraya, Umno di Dun Tioman di bawah parlimen Rompin akan berjanji kosong dengan penduduk di kampung berkenaan untuk memberi geran hak milik tanah kepada pesawah padi yang telah puluhan tahunan mengusahakan bendang di situ. Tetapi pilihanraya silih berlalu pemimpin dari wakil rakyat Umno bertukar ganti tetapi semua janji-janji terbukti palsu.
Kemuncak segala penipuan Umno di Rompin apabila dalam satu majlis penyerahan mangsa ribut yang dihadiri DYMM Sultan Pahang pada 22 April 2009 penduduk Kampung Setajam menyuarakan masalah pada Sultan Pahang.
percayalah......
Saturday, January 9, 2010
dipetik tanpa izin dari karya seorang blogger
kawan bukan macam FUTSAL; Mula-mula kejar, bila dah dapat sepak..
kawan bukan macam SKATE; Mula-mula gosok, lepas tu pijak..
kawan bukan macam RAGBI; Mula-mula tangkap, bila dah dapat tendang..
kawan bukan macam PAMPERS; dah lepas pakai, kita buang..
kawan bukan macam BARANG KEMAS; Waktu baru beli pakai, bila dah sengkek gadai.
kawan bukan macam PELANGI; Hari cerah takde, lepas hujan gerimis baru dia muncul..
kawan bukan macam KERETA; Rosak sikit, jual lepas tu beli kereta baru..
kawan bukan macam CHIPSMORE; sekejap ada, sekejap tak..
kawan bukan macam BANK; Bila dah takde duit, baru nak pegi dekat sana ambik..
Walau ape pun tanggapan orang tentang kawan... bagi saya, kawan itu sengat penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, dan berduka sorang diri. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara dan masalah. Kawan yg sejati juga seorang pendengar setia dan juga seorang penasihat yg baik. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. Jadi, hargailah kawan anda. Jangan hanya kerana kesilapan kecil yang kita lakukan, kita kehilangan kawan selama-lamanya :)

jadi anda fikir2kan lah korang dah besar otak dah matang fikir la untuk masa depan korang.....ingat adik beradik klau bergaduh boleh berbaik walau macam mna pun terjadi...tapi klao mmber susah beb nak cari orang yang sama.....dia de satu je dlam dunia ni....xmen klon2!ha3 klao xnak hilang dia pandai2 la simpan.........
non supported by : akumanusiabiasa.blogspot.com
Sunday, January 3, 2010
| Saya merupakan pembaca Harakahdaily.net dan saya ingin membaca pandangan anda/semua ahli PAS berkenaan keputusan mahkamah untuk membenarkan Majalah Mingguan Gereja Katholik menggunakan perkataan 'Allah' merujuk kepada 'God' dalam edisi Bahasa Inggeris. dipetik dari harakah daily |
MARI BOIKOT CELCOM
| Pelanggan tradisi Celsom, Damansara. |
| Saya terkejut dan kesal dengan sikap Celcom yang membatalkan sistem khidmat SMS berita Harakah mulai 1 Januari 2010. Kalau dulu pelanggan hanya perlu bayar sebanyak RM5 sebulan dan mendapat 5 berita sehari, kini Celcom menggantinya dengan caj lebih mahal iaitu RM0.30 sen untuk satu berita. Pastinya ia bertujuan menyekat pengaliran bahan berita yang bermanfaat untuk rakyat. Jangan sampai kami ahi-ahli PAS yang ramai menjadi pelanggan Celcom beralih kepada syarikat Telco yang lain. Apakah ada tekanan politik di Celcom? Walhal SMS Harakah selama ini bukannya membawa fitnah atau berita palsu. Ia berperanan menyampaikan maklumat sahih dan pandangan pimpinan PAS dengan pantas. Penjelasan Celcom amat dituntut bagi mengelak salah faham.Jelaskan! |
ayuh kita tolak BN beramai ramai
| Hadiah paling istemewa kepada seluruh rakyat Malaysia pada hari ini tidak lain ialah dengan kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam tadi. Alasan yang diberikan seperti yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, ialah berikutan kenaikan harga gula mentah dunia. Beliau mengumumkan kenaikan tersebut di di Putrajaya hari kelmarin namun isu ini telah hangat diperkatakan dan keputsannya telah diketahui oleh banyak pihak sebelum ini. Memang benarlah kata banyak pihak bahawa slogan "rakyat didahulukan, prestasi diutamakan" adalah suatu realiti yang memang berlaku dan sekali ini rakyat sekali lagi didahulukan untuk tahun 2010 dengan terpaksa menaggung kenaikan harga barangan perlu tersebut. Selain itu benarkan slogan BN adalah menefistasi dari Barang Naik yang akan ditanggung oleh rakyat selagi mana BN memerintah Malaysia. Hampir tidak ada rakyat Malaysia yang tidak terlibat dengan gula, walaupun dia mengidap diabetis namun pengambilan gula cuma dikurangkan pengunaannya namun dia masih memerlukan gula. Kerana itu kenaikan harga gula saya andaikan hadiah yang tidak semanis barangan itu untuk tahun 2010 kepada semua rakyat Malaysia. Tambahan pula kenaikan harga gula akan memberi kesan kepada kenaikan harga barangan lain yang beraskan kepada gula pada masa akan datang. Oleh itu bagi sesiapapun rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kemakmuran ekonomi rakyat yang patut terbela, mestilah memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menduduki Putra Jaya bagi menggantikan peranan BN yang sekian lama telah mengkhianati amanah dan mandat rakyat. Sesunggunya untuk mengelakkan harga barang naik, BN mestilah diturunkan secepat mungkin. ayuh kita tolak BN dan UMNO untuk masa hadapan yang cerah...... HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA kita mampu untuk melakukannya....... hak kita ditangan kita.....fikirkanlah untuk masa depan kita dan anak anak kita.... |
untuk para ustaz
| 3 soalan bukan Islam untuk ustaz PAS |
| Li Fook Gao |
|
Wahai ustaz-ustaz PAS sekalian, ------------------------------------------- |
Friday, January 1, 2010
Dunia Oh Dunia.. Spenda Ghaib...
Bikini boleh ‘hilang’ dalam kolam renang
![]() |
| |
BERLIN - Sebuah syarikat pakaian mencipta bikini yang akan 'hilang' apabila si pemakainya berada dalam kolam renang, lapor sebuah akhbar semalam.Pakaian itu akan 'hilang' dalam masa beberapa saat apabila berada di dalam air sekali gus menampakkan tubuh badan si pemakainya.
Kedai-kedai pakaian di Jerman mengambil kesempatan dengan mempromosikan bikini yang dikenali sebagai Get Naked sebagai salah satu cara untuk kaum lelaki mendapatkan semula teman wanita mereka selepas berlaku perpisahan.
Bagaimanapun, seorang aktivis hak asasi wanita Rosmarie Zapfl menegaskan: "Ia merupakan satu pengaiban terhadap wanita." - Agensi
tengok la......
Hangpa tengok Sendiri Laa gambaq Nie...memang UMNO nak Jadi NO dah...
NO headquarters at PWTC
Nasib baik bukan PWTC yang ghaib! Hamba Allah-Islam (bukan Allah-Katholik) yang hantar gambar ni pagi tadi bersyukur yang amat sebab yang hilang bukan bangunan Umno tapi dua huruf saja.Maklumlah, kalau enjin jet pun boleh hilang ....
Kedah jadi pengeluar nanas Morris menjelang 2015
| Kedah jadi pengeluar nanas Morris menjelang 2015 - Exco |
| ALOR SETAR, 31 Dis: Menjelang tahun 2015 Kedah akan menjadi negeri pengeluar nanas Morris utama negara apabila lebih daripada 4050 hektar tanah akan diterokai bagi membangunkan ladang tersebut oleh Kerajaan Negeri. |
Umno-BN makin parah bergasak sesama sendiri
| Tahun baru,pergolakan baru. Itu yang dapat digambarkan apa yang berlaku kepada Umno@BN hari ini. jawab2....... |
diambil dari pembaca..........
| Saya menulis ini bagi membela nasib rakyat jati Kluang khasnya dan Johor serta Malaysia amnya. apa dah jadi ni???? |
tahniah untuk perubahan yang dibuat oleh Najib
| Naik harga gula: 'Kapitalis didahulukan, keuntungan diutamakan' |
| KUALA LUMPUR, 1 Jan: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dicadangkan menukar tema 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' kepada tema yang baru - 'Kapitalis didahulukan, keuntungan diutamakan'. apa ini semua....ha?? korang fikir2kan lah...... |
peh....cer baru ni beb...baca ar.....
'Saya lelaki sejati'
KUALA LUMPUR: “Saya lelaki sejati dan tidak pernah terfikir untuk menjalin hubungan songsang dengan kaum sejenis apatah lagi golongan lelaki lembut. Cinta saya hanya untuk Ayu Raudhah.
“Alhamdulillah biarpun ada pihak cuba menabur pelbagai fitnah terhadap hubungan kami, cinta kami tetap utuh. Semoga percintaan kami berkekalan hingga ke jenjang pelamin,” kata pemain bola kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Razak, 22 mengenai tuduhan kononnya dia ada ‘kekasih gelap’.
Berikutan gosip itu Ayu yang juga adik kepada pelakon jelita, Rozita Che Wan, didakwa menyerang kekasih gelap Zaquan itu baru-baru ini pada majlis hari jadi yang dihadiri rakan terdekat.
“Sepanjang minggu lalu saya tidak menghadiri sebarang majlis hari jadi dan Ayu juga sibuk menjalani penggambaran drama di Tapah. Jadi bila masanya kami terbabit dengan insiden itu,” katanya.
Menurutnya, sejak tersiarnya berita itu menerusi temu bual dengan Ayu Raudhah, pagi ini (semalam) dia terima banyak panggilan telefon.
“Saya terima ratusan panggilan telefon daripada kawan dan keluarga bertanya kesahihan berita itu. Mungkin dengan kedudukan saya sebagai insan yang dikenali ramai dan berkawan pula dengan pelakon popular, saya dapat menerima cerita itu sebagai gosip tetapi macam mana dengan keluarga saya.
“Tentu mereka tertekan apabila tersiarnya pelbagai cerita buruk mengenai anak mereka. Pagi (semalam) saya dan rakan sepasukan bermesyuarat dan dengan tersiarnya berita itu membuatkan saya berasa kurang selesa kerana ramai bertanya.
“Terus terang, saya tidak pernah menjalin hubungan songsang atau pernah ada kekasih lain. Saya adalah lelaki sejati dan berharap dapat berkongsi hidup ini dengan wanita yang dicintai. Ayu ada menghubungi saya bercerita mengenai perkara ini dan memang saya terkejut. Seingat saya, jika ada kelapangan saya selalu bersama Ayu jadi tidak patut timbul cerita saya ada kekasih gelap dan amat mengaibkan ‘awek’ yang dimaksudkan itu kaum sejenis saya,” katanya.
Menurut Zaquan, dia rasa dia tahu orang yang menyebarkan fitnah itu dan berharap segera hentikannya. Sebelum ini ada wanita mengaku sebagai teman wanitanya dan Ayu dikatakan penyebab terputusnya hubungan cinta mereka.
“Mujur Ayu faham dan kenal siapa saya. Dia sendiri menceburi bidang glamor yang sentiasa menjadi perhatian masyarakat dan sudah biasa berhadapan dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan orang ramai. Jadi apabila tersebarnya cerita seperti ini Ayu tidak melatah dan setiap perkara yang timbul kami bincang bersama.
“Saya berharap dengan penjelasan ini jangan ada lagi pihak yang menabur fitnah keterlaluan memalukan saya dan keluarga. Apapun jua, saya dan Ayu kena banyak bersabar dan tiada gunanya kami melenting kerana perkara itu tidak benar.
“Cuma saya kasihan ayah dan emak, tentu mereka tidak senang duduk sekarang. Bagaimanapun saya sudahpun menjelaskan perkara sebenar pada mereka,” katanya.
fikir la sendiri.......

