
Description
Bermula dengan Abdul Rahman Al Kawakibi , menulis dan terus menulis untuk menjatuhkan Khalifah Uthmaniyah, kerajaan Islam terakhir di Turki. Dengan bantuan Eropah dan Yahudi akhirnya, usaha Al Kawakibi berjaya. Tumbangnya Khalifah Uthmaniyah, muncullah PRESIDEN DEMOKRASI, Mustafa Kamal Ataturk. Sistem raja-raja dihapuskan, Islam agama rasmi Turki digugurkan. Lambang-lambang Islam di Turki, termasuk azan, masjid, tudung satu persatu dihapuskan.
Anwar Ibrahim hari ini dengan bangganya memuji usaha Al Kawakibi, dia anti sistem khalifah, dan dia juga memuji Mustafa Kamal Ataturk, semasa ceramah-ceramahnya di Amerika Syarikat.
Sekiranya al Kawakibi berjaya meruntuhkan khalifah Uthmaniyah dengan tulisan-tulisannya, Anwar Ibrahim pula sedang berusaha meruntuhkan status quo agama dan negara dengan tulisan-tulisan serta retorik pidatonya.
Kita benci Mustafa Kamal Ataturk! Kita juga benci Anwar Ataturk!
Jika benar, anda bersama kami, marilah kita sama-sama gembling tenaga, berkongsi maklumat di sini dan sama-sama menyebarkan 'kesedaran' kita bersama di sini untuk menyedarkan seluruh rakyat Malaysia.
Kalau Al Kawakibi berjaya tumbangkan Khalifah Uthmaniyah, Anwar Ataturk 'sedang berusaha' tumbangkan ketuanan Melayu/Islam di Malaysia, jadi adakah kita pula tidak mampu tumbangkan Anwar Ataturk ?
nak ikut x nak?